pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Tuesday, June 30, 2009

kawan sahabat rakan itulah mereka




sahabat,tak pernah kenal rupa.
tak pernah kenal harta.
hanya hati jadi taruhan kita...
moga Tuhan temukan semula kita semua....

Sunday, June 21, 2009

mencari.






puas aku geledah kotak hati.
mencari jawapan yang pasti.
tapi,
yang aku temui hanya,
tunggu reaksi dia.

puas aku selongkar minda.
mencari kepastian yang sasih.
tapi,
aku terjumpa,
kita di pihak yang benar.

Saturday, June 13, 2009

benda jadi kacau


semua jadi kacau.
bila apa yang kita mahu.
lain yang disajikan.

perkara jadi kacau.
bila apa yang aku impikan.
hancur berkecai cuti ini.

benda jadi kacau.
bila apa yang aku hendak.
tak dapat aku tunaikan.

terlintas di hati.
adakah ini ujian atau sekadar pengajaran?
adakah ini hanya khayalan atau realiti?
adakah terpaksa aku lalui atau ada jalan lain?

tapi aku merelakan perkara yang berlaku...