pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Sunday, December 13, 2009

belajar

dengan kamu
aku belajar
erti kesabaran dan keikhlasan.

dengan kamu
aku belajar
menjadi insan terbaik dalam hidupmu.

untuk kamu
aku belajar dipersendakan.

demi kamu
aku belajar
terima kekurangan dan kelebihanmu

untuk kamu
aku belajar
tentang kehidupan.

bersama menerokai dunia tanpa sempadan.

tapi rupanya antara kita masih belum cukup pembelajaran.
kerana itu kita sering kecundang dengan emosi.

sabarlah sayang...
mari kita bangkit kembali..
untuk belajar bersama-sama erti perhubungan hakiki...

Thursday, December 3, 2009

aku

resah.
keliru.

dia kini tetap milik aku.
sentiasa bersama aku..

tapi perkhabaran duka menjengah..
aduh! tersungkur aku.

kini mencari kembali
dia yang tinggal kenangan..