pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Sunday, November 21, 2010

aku akan kembali



seandainya diizinkan tuhan untuk aku terus berkarya dalam blog ni,aku akan kembali pada awal tahun hadapan.berdoalah agar aku kembali seperti dulu..besar harapan aku untuk kembali lagi.. sedikit santapan untuk kalian...



Thursday, August 12, 2010

kesibukan

kini aku dalam kesibukan mengejar sesuatu yang harus aku langsaikan.
mungkin untuk jangka masa yang lama.
aku perlukan sokongan padu dari mereka tetapi mereka seolah-olah tidak pernah hadir.

p/s:mengejar impian seiring masalah yang melingkari bakal mematangkan fikiran.harapan aku agar semua usaha aku akan menghasilkan sesuatu yang indah satu hari nanti.

Wednesday, July 14, 2010

berubahkah aku?

adakah aku telah berubah?
betul ke?
siapa yang cakap macam tu?
aku berubah ke?
bagi aku perubahan itu perlu.
tapi aku sendiri masih selesa ditakuk lama.
namun orang sekeliling aku kata aku berubah.
berubah ke aku?
siapa agaknya kalian hendak menentukan apa yang berubah dalam hidup aku.


p/s: yang berubah itu adalah apa yang kalian nampak mungkin. hakikatnya aku masih nor hanani yang dulu.

Friday, July 9, 2010

hidup terlalu indah

hidup terlalu indah. benar. kerana kita sememangnya dilahirkan dengan akal yang sempurna untuk menilai. tapi kita juga bakal merosakkan keindahan itu. kenapa? kerana kehadiran hawa nafsu. manusia seperti kita akan selalu lalai dengan pemberian tuhan. tapi sedarkah kita?

p/s: macam aku sekarang la.. hehe. ni dah melencong dari tujuan asal ni.. hehe.. okey daa... em hidup aku sekarang sangat sempit. segalanya sempit. poket sempit. bilik sempit. rumah sempit. fikiran sempit? oh. no! no! no! hee.. fikiran tidak sempit..

Monday, June 21, 2010

subahanallah

aku perlukan something utk buang semua rasa sekarang... its better aku ni tak ade perasaan daripada kucar kacir macam ni... tolonglah... aku perlu bantuan.. anyone??? plezz help me.. otak terasa dihimpit satu tekanan yang teramat berat.. Ya tuhan.. bantulah hamba-Mu ini....

Saturday, June 19, 2010

aduhai

masa cepat betul berlalu.
atau aku yang tidak manfaatkan sebaik mungkin?
aduh.
kalaulah boleh tambah cuti.
alangkah indahnya...

Thursday, June 10, 2010

perjalanan

kini,
aku mengorak langkah lebih berani,
bersama semangat yang wujud tiba-tiba,
entah dari mana datangnya..

kini,
perjalanan aku makin jelas,
bersama kegagalan yang aku ciptakan dahulu..

kini,
langkahku tidak lagi sumbang,
kerana aku berjaya mencari tongkat untuk menampung...

dan aku berharap,
selamanya begitu...

Friday, January 29, 2010

penghijrahan

dari kecil hingga sekarang,
kadang aku lalai,
kadang aku alpa..

pemberian-Mu sering aku lupa,

ya kerana aku rasa aku manusia biasa,
dan ya aku terlupa,
kurniaan-Mu berbeza tiap satu.

dan kini aku berhijrah,
tapi belum pasti aku berdiri,
rahsia-Mu sukar diselongkar..

sebalik penghijrahan aku,
bersembunyi rahsia besar,
langkah sumbangku ditutup,
bersama esok yang belum pasti...

Thursday, January 7, 2010

jalan terbaik

Antara kita ada Dia..

Yang sering memerhati gerak geri kita..

Mungkin kita terlupa..

Dia telah aturkan segalanya..

Tentang perjalanan hidup kita..

Sedang kita hanya mampu merancang..

Dan tersenyum dengan dugaan yang ditimpakan..

Agar kita lebih matang menjalani kesempurnaan hidup..

Jika perpisahan adalah jalan terbaik..

Tidak salah jika kita mencubanya...