pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Friday, January 29, 2010

penghijrahan

dari kecil hingga sekarang,
kadang aku lalai,
kadang aku alpa..

pemberian-Mu sering aku lupa,

ya kerana aku rasa aku manusia biasa,
dan ya aku terlupa,
kurniaan-Mu berbeza tiap satu.

dan kini aku berhijrah,
tapi belum pasti aku berdiri,
rahsia-Mu sukar diselongkar..

sebalik penghijrahan aku,
bersembunyi rahsia besar,
langkah sumbangku ditutup,
bersama esok yang belum pasti...

Thursday, January 7, 2010

jalan terbaik

Antara kita ada Dia..

Yang sering memerhati gerak geri kita..

Mungkin kita terlupa..

Dia telah aturkan segalanya..

Tentang perjalanan hidup kita..

Sedang kita hanya mampu merancang..

Dan tersenyum dengan dugaan yang ditimpakan..

Agar kita lebih matang menjalani kesempurnaan hidup..

Jika perpisahan adalah jalan terbaik..

Tidak salah jika kita mencubanya...