
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat dan salam buat junjungan kita Nur Muhammad SAW. Bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita untuk saling berpesan dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Telah menjadi keutamaan kita untuk saling berpesan-pesan sejajar wasiat Nur Muhammad SAW junjungan tercinta kita.
Entry kali ni aku rasa semua orang tahu kisah tentang seekor kupu-kupu. Kisah ni dari kecil diceritakan kepada aku dengan kepelbagaian versi tetapi tetap mempunyai satu tujuan iaitu, tidak mudah untuk menggapai kejayaan dalam kehidupan. Dan Allah adalah sebaik-baik sandaran dan harapan kita di muka bumi ini. Setiap individu semestinya mempunyai misi atau matlamat dalam hidup. Tidak kiralah siapa kita, bermula dari sekolah tadika kita sudah dididik untuk menetapkan matlamat kita apabila dewasa kelak.
Istilah berjaya selalu digunakan dalam masyarakat apabila seseorang individu itu mencapai suatu pangkat dalam norma masyarakat yang membuatkan diri mereka terasa layak disanjung dan dihormati. Ada seorang kawan aku, tersilap faham tentang konsep berjaya. Bagi dia, melihat orang yang berjaya memasuki universiti adalah sesuatu yang dikira sebagai berjaya hingga dia berasa putus asa dengan keadaan dirinya. Melihat orang sekelilingnya hidup dalam kehidupan yang lebih baik itu adalah berjaya. Jadi, aku menerangkan kepada dia bahawa kita berjaya bukan dalam pandangan mata masyarakat semata-mata. Tetapi kitalah yang menetapkan matlamat dalam diri kita untuk dicapai, tidak kira dalam jangka masa yang pendek ataupun dalam jangka masa yang panjang. Seandainya, kita telah berjaya mencapai matlamat kita walaupun matlamat itu tidak diiktiraf sebagai berjaya dala mata pandangan masyarakat, kita tetap sudah berjaya mencapainya. Itulah erti kejayaan yang sebenar-benarnya. Kita perlu melihat kemampuan diri kita dan yakin untuk mencapainya serta bukan semam-mata mengharapkan orang lain memandang kita sebagai berjaya. Oleh yang demikian, renungilah kisah kupu-kupu ini supaya kita memperoleh keyakinan yang jitu dalam mencapai matlamat hidup kita.
Sekumpulan anak kecil telah dibawa oleh guru mereka ke sebuah taman. Tiba-tiba mereka telah menemukan kepompong seekor kupu-kupu. Guru mereka menyuruh mereka memerhatikan gelagat si kupu-kupu kerana ketika itu, kupu-kupu tersebut sedang berusaha untuk keluar dari kepompong. Sekumpulan anak kecil itu duduk mengamati dan memerhati dalam beberapa jam gelagat kupu kupu itu. Kupu-kupu itu berjuang dengan memaksa dirinya keluar dari lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya kupu-kupu telah berusaha semampunya dan kupu-kupu tersebut tidak boleh buat lebih jauh lagi. Akhirnya salah seorang dari anak kecil tersebut memutuskan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kengkangan dari kepompong itu.
Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya.. namun kupu-kupu itu mempunyai tubuh gembung dan kecil.. sayap sayap mengkerut.. anak kecil tersebut terus mengamatinya kerana dia mengharap bahawa sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuh kecil si kupu-kupu itu yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalan waktu. sayangnya semuanya takpernah terjadi.
Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap sayap yang mengkerut dan tidak boleh terbang.
Yang tidak difahami oleh anak kecil itu ialah ketergesaan dia telah menghambat perjuangan yang diperlukan kupu kupu untuk keluar dari lubang kecil adalah jalan yang Allah tetapkan memaksa cairan dari tubuh kupu kupu itu ke dalam sayap sayapnya sedemikian.. sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.
Kadang kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Allah membiarkan kita hidup tanpa hambatan perjuangan.. itu mungkin justeru akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang diperlukan untuk mengejar cita cita dan harapan yang kita minta.
Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang…
Kita memohon kekuatan dan Allah memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita menjadi lebih kuat.
Kita memohon kebijaksanaan dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.
Kita memohon kemakmuran dan Allah memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.
Kita memohon keteguhan hati dan Allah memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.
Kita memohon cinta dan Allah memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan kebaikan hati dan Allah memberi kita kesempatan kesempatan yang sileh berganti.. begitulah cara Allah membimbing kita.
Apakah jika kita tidak memperoleh yang kita inginkan.. bererti kita tidak mendapatkan segala yang kita perlukan?..
Kadang-kadang Allah tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Allah memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana dan ketetapan Allah.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Wallahualam.. sekian..