Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Dengan berkat dan rahmat dari Allah SWT,saya berkesempatan berkongsi sedikit ilmu sempena bulan Rejab.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan
ALLAH, maka :
→ Barangsiapa yang berpuasa SATU hari
dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
→ Barangsiapa yang berpuasa DUA hari dalam bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
→ Barangsiapa berpuasa TIGA hari dalam bulan Rejab,
maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang
menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari
fitnahnya syaitan dan dajjal.
→ Barangsiapa yang berpuasa LIMA hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
→ Barangsiapa berpuasa TUJUH hari dalam bulan
Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka jahanam
→ Barangsiapa berpuasa LAPAN hari dalam bulan
Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
→ Barangsiapa berpuasa LIMA BELAS hari dalam bulan Rejab maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya
yang lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan
→ Barangsiapa
yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH
akan menambahkan pahalanya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari
madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari
minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as:
“Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Jibril as berkata:
“Ya Muhammad sungai ini adalah
untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan
Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.
Lalu saya bertanya Rasulullah SAW:
“Ya Rasulullah SAW, mengapakah anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Tsauban,
mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka,
dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Wahai Tsauban,
kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa SATU
hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka TIDAK TIDUR semalaman sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya:
“Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi,
tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana
ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti
berpuasa SATU TAHUN dan mengerjakan solat
malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku
(Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah
bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar
pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab,
Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka
sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada
rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB :
Beberapa hadis lagi Rasulullah SAW menunjukkan
kelebihan bulan Rejab :
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku,
dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit
yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat
melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi
orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah
seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta
ampun dan bertaubat kepada-Nya.
Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
»» Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
»» Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
»» Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti
bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada
setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
pinjaman kata dari pujangga :)
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]