ku orak langkah terus tanpa menoleh lagi,
bicara hati kadang memaksa aku menoleh,
mengintai ceritera semalam,
agar pedoman aku genggam,
namun tetap ku keraskan hati supaya tidak menoleh lagi..
apa yang sudah berlalu itu biarlah berlalu.
kita yang sekarang
inilah!!
yang perlu berhati-hati dalam langkahan
supaya kita tidak lagi terjatuh seperti kelmarin...
yakinlah pada diri bahawa aku boleh...
meski aku tahu masih ada onak yang perlu aku lalui..
hidup ini bukan semudah fantasi bukan jua seperti mimpi..
tapi kita masih boleh menjadikan angan-angan kita itu satu realiti yang boleh digapai..
pada diri,aku sisipkan kata pembakar semangat,
cukup sekali aku melihat air mata dari orang tuaku yang menangis keranaku,
jangan biarkan lagi air mata itu mengalir keranaku...
pinjaman kata dari pujangga :)
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

No comments:
Post a Comment