pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Friday, February 25, 2011

anugerah Allah

Hidup ni tak susah tapi mencari kehidupan tu yang susah. Setuju? Siapa setuju angkat tangan macam saya(dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah) :-)

Cuba kalian renungkan, dari kita dalam rahim setelah ditiupkan roh, waktu tu kita dah hidup. Betul tak? Dan itu juga kehidupan kita. Kehidupan dalam rahim. Walaupun kita tak ingat apa yang jadi di alam roh, tapi Allah dah firman dalam al-Quran(aku ni naif tentang ayat, tapi aku yakin dengan maksudnya).


Aku ni formal sangat ke? Seryes shit aku tak reti nak taip dengan bahasa yang selalu aku bualkan. Bahasa pasar. Mungkin aku ni layak jadi writer? Or hanya seorang blogger yang naif.


Cantiknya jalan yang Allah aturkan untuk kita,hanya kita yang jarang mendalaminya. Apa yang kita nak tak semestinya yang terbaik. Semua orang tahu kenyataan tu. Tapi berapa ramai orang yang boleh terima hakikat tu?

Aku selalu nasihatkan hati aku bahawasanya Allah tidak akan memberi kita ujian jika kita tak mampu untuk menghadapinya. betul tak? Sebab Allah ni Maha segala-galanya. Apa yang diberi terimalah dengan hati yang terbuka.

Walaupun aku selalu mempertikaikan sesuatu yang terjadi dalam keluarga aku, tapi aku tetap berpegang pada janji Allah kerana janji Allah itu sentiasa benar.

Untuk berjaya dekat dunia, kita kena berpegang pada akhirat. Percaya? Aku percaya, sebab dalam al quran ada.

mulut berkata tidak tetapi hati mahu?

mulut bebas berkata apa
tindakan mencorak rasa hati
siapa yang bisa meneka apa yang tersembunyi
hakikatnya hanya punya hati yang tahu




sebenarnya aku ada pesanan yang nak disampaikan. kalau kita tak suka kat seseorang tu, janganlah sampai kita mengaibkan orang tu. ingatlah kalau itu bagi kamu hanya untuk berseronok, tapi melukakan hati orang lain. beringatlah, masa untuk kita tetap ada. bukan selamanya kita ada kat atas... hidup ni bukan untuk suka-suka sebab tuhan tak jadikan kita dengan suka-suka.

renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, February 11, 2011

terhenti bicara

terhenti bicara hati
sembunyi dibalik rimbunan konflik
kini bersuara kembali
sang pencinta setia
setia dengan lantunan bicara
obses dengan kata terindah
mencari nilai di mata dunia
sang pencinta hanya wanita lokal yang normal
dalam susunan kata yang terbaik
terbaik di hati pembaca
terbaik di mata hati penerima
bicara lesu kini bangkit kembali
sementelah ilmu ditimba dari dasar perigi yang dalam
sang pencinta menceduk sedikit ilmu dari perigi
menebarnya ke pucuk layu
berharap pucuk itu dapat bercabang
menjadi sesuatu yang indah



p/s: hidup ini satu pembelajaran yang tidak akan pernah habis selagi nadi belum menafikan nyawa. jadi sebagai seorang manusia yang telah ditugaskan untuk mencari ilmu, janganlah kita berputus asa. belajar dan sebarkan kepada seseorang yang lain. moga-moga ilmu itu bermanfaat.

Thursday, February 10, 2011

missing

i'm lost when you're missing

trying to keep our memori in mind

keep your laugh

keep your story

keep your advice

keep everything about you

because i don't want to lost you again and again

i love you



p/s : belajar untuk mencintai bahasa inggeris yang dibenci kerana mencintainya akan buat aku gembira

Wednesday, February 9, 2011

rindu

rindu
sukar dipamerkan rasa

rindu
memahat namamu kukuh di hati

rindu
buat aku tersungkur di pintu bahagia

rindu
jauhnya terasa dirimu untuk didakap

rindu
bila akan bertemu bersua muka

rindu
jangan datang lagi
jika hanya membawa sengsara