Hidup ni tak susah tapi mencari kehidupan tu yang susah. Setuju? Siapa setuju angkat tangan macam saya(dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah) :-)
Cuba kalian renungkan, dari kita dalam rahim setelah ditiupkan roh, waktu tu kita dah hidup. Betul tak? Dan itu juga kehidupan kita. Kehidupan dalam rahim. Walaupun kita tak ingat apa yang jadi di alam roh, tapi Allah dah firman dalam al-Quran(aku ni naif tentang ayat, tapi aku yakin dengan maksudnya).
Aku ni formal sangat ke? Seryes shit aku tak reti nak taip dengan bahasa yang selalu aku bualkan. Bahasa pasar. Mungkin aku ni layak jadi writer? Or hanya seorang blogger yang naif.
Cantiknya jalan yang Allah aturkan untuk kita,hanya kita yang jarang mendalaminya. Apa yang kita nak tak semestinya yang terbaik. Semua orang tahu kenyataan tu. Tapi berapa ramai orang yang boleh terima hakikat tu?
Aku selalu nasihatkan hati aku bahawasanya Allah tidak akan memberi kita ujian jika kita tak mampu untuk menghadapinya. betul tak? Sebab Allah ni Maha segala-galanya. Apa yang diberi terimalah dengan hati yang terbuka.
Walaupun aku selalu mempertikaikan sesuatu yang terjadi dalam keluarga aku, tapi aku tetap berpegang pada janji Allah kerana janji Allah itu sentiasa benar.
Untuk berjaya dekat dunia, kita kena berpegang pada akhirat. Percaya? Aku percaya, sebab dalam al quran ada.
No comments:
Post a Comment