pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Friday, May 27, 2011

islam itu indah ^^

Islam itu indah. Indah dari semua aspek. Indah dari maknanya. Indah dari ibadahnya. Indah dari akidahnya. Indah segala-galanya. Tapi aku musykil. Kenapa ada manusia yang beragama Islam nak keluar dari keindahan yang Tuhan pinjamkan kepada kita?

Tadi aku dengar kuliah Jumaat kat sekolah aku. Ustaz tu cakap dekat Lembah Klang lebih kurang 50 orang Islam nak keluar agama. Maksudnya kat sini murtad. Menyatakan niat mereka nak keluar dari agama yang syumul ni..

Nauzubillah.!! Aku berdoa semoga iman aku dan teman-teman yang membaca tazkirah ni masih lagi kuat. Percayalah. Islam itu indah. Seindah Pencipta-nya.. Percayalah sahabat. Islam itu Ad-din yang mudah dan tidak membebankan.

Indahnya Islam hanya boleh dipandang dengan mata hati kita bukan dengan mata kasar. Gunalah anugerah dan nikmat yang Tuhan berilah itu untuk merasai keindahan yang tersembunyi. Jangan lekas menyalah. Jangan lekas mengkritik. Jangan lekas terpedaya.

Sahabat yang disayangi, kita seharusnya beruntung kerana dilahirkan sebagai umat akhir zaman. Kita harus bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai muslim. Kita harus bersyukur Tuhan meminjamkan agama ini untuk kita anuti. Kita perlu husnulzan iaitu bersangka baik. Bersangka baiklah kepada Tuhan yang menjadikan alam ini. Bersangka baiklah pada teman-teman kita. Bersangka baiklah kepada ibu bapa kita. Bersangka baiklah kepada pemimpin-pemimpin kita. Bersangka baiklah kepada orang di sekeliling kita. Bila kita bersangka baik, di situ kita akan bertemu dengaan keindahan yang dimaksudkan oleh Tuhan kita, Allah SWT.

Sahabat, benar. Islam itu indah. Lihat sahaja pemberian Allah kepada kita. Tidak memberi saat kita meminta tapi memberi saat kita memerlukannya. Allah tak memberi apa yang kita mahukan kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Allah pernah berfirman, sesuatu yang kamu sangkakan baik untuk kamu itu bukan seseuatu yang baik bagi kamu. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui.

Sahabat yang dikasihi, jelas sekali di sini. Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita melainkan Allah. Dan Allah berfirman bahawa Dia akan memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

Jadi sahabat, kita perlulah berusaha ke arah itu. Berusaha mencari petunjuk Allah bukan menyalahkan takdir Allah. Berusahalah dengan itu, petunjuk itu akan datang kepada kita.


yang baik itu datangnya dari Allah. dari salah dan silap itu datangnya dari manusia.. :)

Sekian dari hamba daif.. wallahualam..

Thursday, May 19, 2011

larangan haid bagi perempuan

Salam bertemu. Aku ade sikit ilmu untuk dikongsi.. untuk kawan-kawan perempuan…

Setiap perempuan mesti akan didatangi haid bukan? Golongan ibu selalu pesan, jangan buat ini..jangan buat itu waktu haid kan? Mesti kamu semua pernah alamikan? Selalunya aku selalu keliru dengan larangan waktu haid. orang A kata boleh buat.. orang B kata tak boleh buat.. orang C pula kata tak tahu.. jadi, aku cari sedikit ilmu untuk aku kongsi bersama-sama.. biase yang aku dengar:

Tak boleh potong kuku waktu haid..

Tak boleh sikat rambut waktu haid..

Kalau potong kuku dengan sikat rambut, kena simpan.. sampai kita mandi wajib..

Betul tak? Mesti kamu pernah dengar benda-benda macam ni kan? Ni semua salah sama sekali..

Tak betul.. no no no..

Sebenarnya, kita bebas buat benda tu semua..

Yang kita tak boleh buat waktu haid Cuma :

1) Solat.

2) Berwuduk.

3) Puasa.

4) Tawaf.

5) Menyentuh al-Quran dan membawanya.

6) Melafazkan ayat al-Quran.

7) Masuk masjid.

8) Bersetubuh.

Jadi buanglah perasaan was-was kamu terhadap sesuatu yang kamu biasa lakukan.. tiada larangan lain selain yang ade kat list atas tu..

Akhir kata, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul..wallahualam..

Sekian terima kasih..

Tuesday, May 17, 2011

kerinduan yang terbatas

kerinduan aku terbatas
kerana aku hamba
Dia pencipta.

kerinduan aku terbatas
kerana aku di sini
Dia di sana.

Ya Hannan..
Ya Mannan..
rinduku ini hanya untuk-Mu
bawalah aku ke sana
bawalah aku pergi
andai rinduku sudah terbalas.

Monday, May 16, 2011

aku ingin kamu

aku ingin kamu
untuk aku bermanja selalu
aku ingin kamu
untuk aku rindu selalu
aku ingin kamu
untuk aku sayang selalu
aku ingin kamu
untuk aku dakap selalu
aku ingin kamu
untuk aku cintai selalu
aku ingin kamu
untuk aku sembah selalu
aku ingin kamu
hanya kamu
cuma kamu

jangan jauhi aku
kerana kealpaanku
jangan jauhi aku
kerana kelalaianku
jangan jauhi aku
kerana kesibukanku
jangan jauhi aku
kerana kesombonganku

YA RABB, hantarkan padaku
petunjuk-Mu..
YA RABB, hantarkan padaku
cinta-Mu
YA RABB, hantarkan padaku
rindu-Mu..
agar aku terbimbing ke jalan-Mu..
anugerahkanlah aku pasangan yang memimpin aku ke jalan-Mu..

andai lelaki tahu.. :)

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.


Thursday, May 5, 2011

SURAT CINTA UNTUK (BAKAL) SUAMIKU

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu…

Wahai calon suamiku…Apa khabar imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

Wahai calon suamiku…Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya. Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menjalani sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Meskipun kadang aku berkeluh kesah dan putus asa, namun kini kurasakan diri ini lebih baik. Kadang aku tertanya-tanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terapuh diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingat-Nya dan kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian Insya Allah membuatku menjadi lebih kuat, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku, di hatimu, menemani harimu.

Calon suamiku…Entah dimana dirimu sekarang. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang teguh iman, hingga aku pun bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yang dapat. Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredaan Allah dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku…Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh. Aku ini pencemburu berat. Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; “Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. “Aku minta kepada Allah haiwan mungil nan cantik, Dia beri aku ulat berbulu.“Aku sempat kecewa dan protes. Betapa tidak adilnya dunia ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga, sangat indah sekali. Dan ulat pun tumbuh dan berubah menjadi kupu-kupu yang teramat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi Allah memberi apa yang kita perlukan. ”Aku yakin kaulah yang kuperlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suamiku yang di rahmati Allah…Apabila hanya sebuah rumah kecil menjadi bahtera pernikahan kita, takkan kunamai dengan rumah derita. Keerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih. Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bunga akan indah pada waktunya. Yaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku. Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku…Inilah sekilas harapan yang kuUkirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kini kuhadapi. Kelak saat kita tengah bersama, maka disitulah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu. Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yg terakhir..

Ya Allah..Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat, Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Berikanlah aku kekuatan mental, Kurniakanlah aku dengan sifat keredaan Peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan Mu, Berikanlah aku sifat kasih pada sesama insan,

Ya Allah…Sekiranya kelak engkau pertemukanku dengan (calon) suami pilihanMu, Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya, Sekiranya kelak (calon) suamiKu adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu. Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya, Sekiranya kelak (calon) suami ku adalah bidadara untuk ku di JannahMu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya kelak (calon) suamiKu adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya kelak (calon) suami ku adalah jodoh yang dirahmati olehMu, Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala macam masalah. Tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu, Seandainya nanti (calon) suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu, Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Seandainya nanti (calon) suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk memperbaiki keadaannya. Seandainya nanti (calon) suamiku menyintai kesesatan, Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari keterlenaannya.

Ya Allah…Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukKu, Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan keterlanjuranKu, Seandainya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redai, Seandainya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri, Hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu, Seandainya aku ingkar dan derhaka, Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu, Aku buta tanpa bimbingan Mu, Aku cacat tanpa hidayah Mu, Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu, Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.

Hanya pada Mu Ya Allah…Ku mohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu, Kerana aku sedar hinanya aku, Kerana aku hanyut dengan keindahan duniaMu, Kerana kurang kesabaranku menghadapi cubaanMu, Kerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu,

Ya Allah Tuhanku, Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati,

Aamin, Ya Rabbal ‘Alamiin…….

Memang benar, gelora rindu itu mampu merobek segala macam tutup dan membuka semua rahasia. Rasa rindu itulah merupakan “Kemahuan Cinta” yang mampu melemahkan roh, karena ia memikul beban penguasaan cinta yang memuncak di saat ada manisnya. Seandainya saat itu ada bagian yang dipotong, ia tidak akan merasakan apa-apa. Cinta itu ibarat condongnya hati terhadap sesuatu yang amat terasa keindahannya. Kalau condongnya hati terlalu kuat dan menggebu-gebu ertinya sudah sampai pada tingkat rindu. Rasanya seseorang akan menjadi budak untuk yang dicintai akan dilakukan, bahkan membelanjakan semuanya demi yang dicintai dilakukannya pula.

Dalam Al-Qur'an telah dikisahkan mengenai cinta dan mencintai yang dicontohkan pada kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha. Tidakkah engkau lihat Zulaikha? Hanya demi cintanya kepada Yusuf, ia kehilangan kecantikan dan semua yang dimiliki diserahkan demi Yusuf, termasuk mutiara dan kalung emas seberat 70 unta. Semuanya amat ringan demi pengorbanan cinta, bahkan kalung yang bisa membuat seseorang langsung kaya seketika itupun diberikan demi cinta, sampai-sampai tak tersisa sedikitpun harta Zulaikha. Sesuatu di sekitarnya selalu terbayang Yusuf, di mana-mana ada Yusuf, mahu makan, mahu minum, mahu tidur, mahu mandi, dan mahu...selalu terbayang Yusuf (eh seperti lagunya Evi Tamala ya??), bahkan mahu mendongak ke langit terbentang nama Yusuf berjajar amat indah diantara bintang-bintang.

Ada suatu riwayat, "Sesungguhnya Siti Zulaikha setelah beriman dan menikah dengan Yusuf dipenuhi keinginannya, ternyata ia selalu menjauh dan menyendiri dari Yusuf untuk beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bila Yusuf mengajaknya siang, maka ia menahannya sampai malam hari. Bila Yusuf mengajaknya malam hari, iapun menahan sampai waktu siang”. Akhirnya Zulaikha berkata :"Wahai Yusuf, sesungguhnya aku sudah mencintaimu jauh sebelum aku mengenal Dia. Namun ketika aku mengenal-Nya hatiku tak ada ruang lagi meletakkan cinta terhadap sesuatu yang lain selain Dia, termasuk kamu. Dan aku tidak menghendaki ada pengganti kecuali hanya Dia saja".

Selanjutnya, Yusuf memberi pengertian kepada Zulaikha, dan berkata, "Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintah aku berbuat demikian (jima'), maka akan keluarlan dari rahimmu dua orang putra yang Dia jadikan nabi-Nya". "Kalau memang begitu perintah Allah, yang menjadikan aku jalannya ke sana, ertinya perbuatan itu masih disebut taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala". Sejak itu, hati Zulaikha baru tenang di sisi Yusuf.

Semoga kisah rindu yang saling mencintai ini dapat memberikan pencerahan

Tuesday, May 3, 2011

aku cuma insan biasa

aku cuma insan yang baru melangkah untuk menakluk dunia
bahasaku tak segah dia
lenggokku tak selembut dia
tuturku selalu babas tak semena

maaf
andai tutur ku lancang
cara ku tak semenggah
mungkin kita berbeza
pada cara
pada pendapat
namun
kita tetap serasi bersama
seiring melangkah bersama
kerana kita dicipta untuk bersama
selama bersama
begini selama..
:)