Islam itu indah. Indah dari semua aspek. Indah dari maknanya. Indah dari ibadahnya. Indah dari akidahnya. Indah segala-galanya. Tapi aku musykil. Kenapa ada manusia yang beragama Islam nak keluar dari keindahan yang Tuhan pinjamkan kepada kita?
Tadi aku dengar kuliah Jumaat kat sekolah aku. Ustaz tu cakap dekat Lembah Klang lebih kurang 50 orang Islam nak keluar agama. Maksudnya kat sini murtad. Menyatakan niat mereka nak keluar dari agama yang syumul ni..
Nauzubillah.!! Aku berdoa semoga iman aku dan teman-teman yang membaca tazkirah ni masih lagi kuat. Percayalah. Islam itu indah. Seindah Pencipta-nya.. Percayalah sahabat. Islam itu Ad-din yang mudah dan tidak membebankan.
Indahnya Islam hanya boleh dipandang dengan mata hati kita bukan dengan mata kasar. Gunalah anugerah dan nikmat yang Tuhan berilah itu untuk merasai keindahan yang tersembunyi. Jangan lekas menyalah. Jangan lekas mengkritik. Jangan lekas terpedaya.
Sahabat yang disayangi, kita seharusnya beruntung kerana dilahirkan sebagai umat akhir zaman. Kita harus bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai muslim. Kita harus bersyukur Tuhan meminjamkan agama ini untuk kita anuti. Kita perlu husnulzan iaitu bersangka baik. Bersangka baiklah kepada Tuhan yang menjadikan alam ini. Bersangka baiklah pada teman-teman kita. Bersangka baiklah kepada ibu bapa kita. Bersangka baiklah kepada pemimpin-pemimpin kita. Bersangka baiklah kepada orang di sekeliling kita. Bila kita bersangka baik, di situ kita akan bertemu dengaan keindahan yang dimaksudkan oleh Tuhan kita, Allah SWT.
Sahabat, benar. Islam itu indah. Lihat sahaja pemberian Allah kepada kita. Tidak memberi saat kita meminta tapi memberi saat kita memerlukannya. Allah tak memberi apa yang kita mahukan kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Allah pernah berfirman, sesuatu yang kamu sangkakan baik untuk kamu itu bukan seseuatu yang baik bagi kamu. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui.
Sahabat yang dikasihi, jelas sekali di sini. Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita melainkan Allah. Dan Allah berfirman bahawa Dia akan memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
Jadi sahabat, kita perlulah berusaha ke arah itu. Berusaha mencari petunjuk Allah bukan menyalahkan takdir Allah. Berusahalah dengan itu, petunjuk itu akan datang kepada kita.
yang baik itu datangnya dari Allah. dari salah dan silap itu datangnya dari manusia.. :)
Sekian dari hamba daif.. wallahualam..
1 comment:
ya. Indah :)
Post a Comment