pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Saturday, March 28, 2009

apa itu cinta?

Seringkali, cinta meniti di bibir kita. Tidak kiralah muda,tua mahupun remaja. Semua sibuk bicara tentang cinta. Sebenarnya cinta terlalu subjektif untuk diperbincangkan. Walau apapun, kita tetap berbalik kepada cinta yang Satu iaitu cinta pada yang Esa. Cinta yang tidak mungkin akan bertukar ganti. Tapi, ramai manusia tersilap meramal makna cinta suci. Jika cinta pada Illahi itu sentiasa mekar, tak mungkin mereka akan tersasar..

'la yukhriju asy syawata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun..'
membawa maksud:
'tak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggentarkan hati atau rasa rindu kepada Allah yang membuatkan hati berasa merana'.


Ramai manusia tak sedar kehadiran cinta sejati bukan datangnya dari kita. Bahkan diturunkan untuk kita agar saling berkasih sayang sesama manusia. Cinta sesama manusia hanyalah bersifat sementara. Manakala, cinta pada yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang adalah abadi&& sejati.

Masih tidak terdapat lagi jawatan untuk PENTAFSIR CINTA yang sebenar-benarnya.. Cinta tidak memerlukan pangkat,jawatan,gelaran,rupa paras mahupun status. Untuk merasai cinta, kita hanya perlu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menyatakan syukur pada yang Esa kerana dengan cinta-Nya pada kita. Dia telah mengurniakan udara untuk kita.. Lihat tanpa memerlukan wang, kita mendapat cinta dari-Nya.

Cinta tidak seharusnya menjadi ukuran pada kita. Tidak memerlukan kayu pengukur untuk mengukur sepanjang mana cinta kita. Tidak memerlukan nombor untuk membilang sebanyak mana cinta kita. Tidak memerlukan limit masa untuk mengehadkan cinta kita. Tapi memerlukan keikhlasan dan kesetiaan serta kejujuran dalam setiap perkara yang kita lakukan. Itulah cinta sebenarnya...


p/s: Janganlah kerana cinta,body tergadai.Janganlah kerana cinta sesama manusia, kita lupa asal usul kita. Sentiasalah kita berbalik pada yang satu, cinta pada Illahi itulah cinta sejati...

No comments: