pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Saturday, March 21, 2009

Renung-renungkan la yer..

Manusia: Eh! Da subuh da?
Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam, tunaikanlah solat subuh mu...
Syaitan: Ahhhhhhh, kejaplah. Mengantukla..
Manusia: Nak makan. Lapar laa..
Malaikat: Wahai anak Adam, mulakan lah dengan Bismillah.
Syaitan: Ahh, takpayah la. Da lapar sangat ni..
Manusia: Hari ni nak pakai baju ape yer?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakai la pakaian yang menutup aurat...
Syaitan: Ehh, panas laa.. Lagipun,takde style langsung..
Manusia: Alamak, da lewat ni!!
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah kamu agar tidak lewat ke kuliah.
Syaitan: Nak cepat-cepat buat ape?Lambat lagi. Baruuu.. pukul 7.00...
Manusia: Azan da berkumandang.
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegera laa kamu menunaikan solat.
Syaitan: Alaaa. Kejap lagi laa.. Cerita tengah best nii...
Manusia: Ekhh?? Takbole tengok ni. Berdosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat.
Syaitan: Perghhh. Best tuu...
Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang...
Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ni kat orang lain.
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat menasihatilah sesama kamu.
Syaitan: Sendiri pikirlaa. Masing-masing daa besaa..
Manusia: Aku telah berdosa.
Malaikat: Wahai anak Adam, kamu telah berdosa. Maka bertaubatlah kamu. Kerana ALLAH itu maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Syaitan: Tangguhlah dulu. Lain kali bole taubat(kalau sempat)
Manusia: Kalau pergi mesti seronok.
Malaikat: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai ALLAH, maka segeralah kau berpaling darinya.
Syaitan: Jangan bimbang tiada siapa yang tahu..
Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah ALLAH dan Rasul-Nya. Nescaya, kebahagiaan dunia dan akhirat itu milikmu.
Syaitan: Hey anak Adam, ikutlah aku, kebahagiaan dunia(sahaja) dan akhirat(jangan mimpilah) itu milikmu.

No comments: