Akukah pendosa itu?
Terkial-kial mencari jalan pulang
Malam yang menjanjikan syurga
Kini menghidangkan neraka
Akukah pendosa itu?
Khianat pada janji terlafaz dengan ikrar abadi
Akukah pendosa itu?
Masih tersesat mencari jalan pulang.
Andai dosa tercalit di muka
Pasti hodoh tidak terkata.
Aku dahaga cinta hakiki
Aku rindu bicara hati
Akukah pendosa itu?
Terkapai-kapai mencari pautan sejati.
Hulurkan tanganmu.
Bawa aku keluar dari lembah hina
Bawa aku keluar dari kancah maksiat
Itu memadai untuk aku berdiri
Andai aku pendosa itu
Bantulah aku keluar
Dari lembah maksiat yang bernmaharajalela
Kerana aku tidak mampu berdiri sendiri..... :)
No comments:
Post a Comment