pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Sunday, July 31, 2011

SIAPA YANG BENAR?

Setiap orang ada keyakinan masing-masing. Lakukanlah apa yang dirasakan benar. Kita sendiri belum tentu benar. ------------à ni la kata-kata yang aku baca dari pengikut Abuya. Aku tidak menentang apatah lagi berlagak pandai. Aku melihat dari sudut pro dan kontranya.

Semua orang merasakan mereka adalah benar. Tidakkah mereka sedar bahawa kebenaran itu milik Allah? Setiap aturan Allah adalah terbaik. Mengapa sesama Islam berdebatkan tentang kebenaran yang diyakini? Menyembah tuhan yang sama. Menjunjung kekasih yang sama. Mengucap syahadah yang sama. Menunaikan rukun yang sama. Menganut agama yang sama. Tapi bila fahaman berbeza. Bila satu perkara tidak menetapi pemikiran mereka.. Terus mahu membantah. Terus mahu mencanggah. Terus mahu berdebat. Kalian terfikir atau tidak.. Allah menjadikan kita sebagai khalifah untuk hidup atas dunia yang sama. Bersama-sama menentang musuh kita yakni syaitan. Siapa pun kita. Di mana pun kita. Kita tetap menyembah tuhan yang sama iaitu Allah. Kita tetap menjunjung kekasih yang sama iaitu Rasulullah S.A.W. Kita tetap mengucap syahadah yang sama iaitu ‘Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah’. Kita tetap menunaikan rukun yang sama iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji bagi yang berkemampuan. Kita tetap menganut agama yang sama iaitu ISLAM.

Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah memaksa umatnya menerima agama yang diperjuangkan. Kenapa pula kita sebagai umatnya mahu bertelagah sesama sendiri memenangkan fahaman kita? Tidak kira siapa pun kita ingatlah.. KEBENARAN ITU MILIK ALLAH.

Berpeganglah kamu kepada dua perkara iaitu al-Quran dan as-Sunnah, nescaya kamu tidak akan tersesat selamanya. Inilah pesanan Nabi kesayangan kita Muhammad S.A.W. sebelum baginda meninggalkan kita. Islam terlalu luas agamanya. Terlalu luas fahamannya. Sedangkan kita, manusia datang dengan kepelbagaian latar belakang. Bukalah kembali mushalaf. Ikutlah kembali sunnah baginda. Wallahualam..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kita, hamba-Nya.

Sekian. Maaf andai ada yang terguris..

Friday, July 29, 2011

selamat datang ya ramadhan

hari yang aku tunggu hari yang aku nanti akhirnya kembali. akhirnya dia mengucapkan salam barakahnya padaku dan seluruh umat islam..semoga kita tidak mensia-siakan ramadhan yang mengunjungi kita hanya setahun sekali..

Allah berfirman yang membawa maksud, jika hamba Allah mengetahui apa yang terkandung dalam ramadhan nescaya dia akan berdoa supaya setiap bulan itu adalah bulan ramadhan..

sayangnya, kita sebagai umat islam jarang sekali memanfaatkan bulan penuh barakah ini yang hadir bersama-sama rahmat dan keampunan..

semoga tahun ini kita mencuba untuk memanfaatkan ramadhan sebaiknya..
semoga ramadhan kali ini bukan yang terakhir untuk kita..
dan semoga Allah panjangkan usia kita menyambutnya pada tahun hadapan..

sekian..

Friday, July 22, 2011

terima kasih Ya Allah :)


terima kasih Ya Allah,
beri kesempatan ini
untuk aku jejaki jelajahi dunia-Mu
semakin umurku meningkat
terasa semakin dekat waktu bertemu-Mu.

terima kasih Ya -Allah,
beri kesempatan ini
bertambah iman dan takwa
bertambah ilmu dan amal

terima kasih Ya Allah
untuk segalanya.
untuk Islam yang Kau pinjamkan.
untuk iman yang Kau tanamkan.
untuk kebenaran yang Kau sinarkan.

TERIMA KASIH!!

sempena ulang tahun kali ini, apa yang aku harapkan :

semoga aku gunakan sisa-sia akhir zaman ini sebaik mungkin.
mengabdikan diriku hanya untuk-Mu.
semoga engkau membantu hamba-Mu yang daif, naif dan khilaf ini.
semoga iman ku bertambah.
semoga ilmu ku bermanfaat.
semoga kasih sayang-Mu tidak putus untukku.
semoga Engkau melindungi aku selalu.

AMIN YA RABBILALAMIN....

Saturday, July 16, 2011

KERINDUAN

Rindunya aku untuk berkarya lagi. Namun tiada idea yang singgah di benakku hingga aku ketandusan dan kegeringan mencari di mana idea itu bersembunyi. Adakah Allah tidak mahu mengganggu perjalanan aku sebagai pelajar? Mungkin masanya akan tiba tetapi bukan sekarang.

Kecintaan aku pada dunia seni penulisan bukan satu perkara yang enteng. Sekadar suka-suka. TIDAK! Aku bersungguh bila berkarya agar apa yang terpendam dapat diluahkan meskipun tidak ramai yang memahami isi kandungannya.

Aku belajar dari sesuatu yang tiada kepada sesuatu yang ada. Dari segi makna dan rohnya. Dulu, mungkin maknanya sudah ada, tapi untuk mendapatkan roh sangat susah. Pencarian dan penantian aku tidak akan berhenti di sini sahaja. Aku akan terus belajar membaiki diri. Belajar untuk meningkatkan mutu penulisan aku. Entah bila, penulisan aku akan mendapat perhatian umum. Mungkin juga aku belum bersedia ke arah itu.

Bila pena berbicara,

Tajamnya pena bisa membunuh,

Lebih tajam dari belati,

Bisa menghunus hati pembaca,

Bisa menghiris hati pembaca,

Bisa melumatkan hati pembaca.

Bila pena berbicara,

Suasana yang suram menjadi ceria,

Suasana yang ceria menjadi suram,

Khabar disebar serata dunia,

Jangan membantah,

Kerana semua ada hak yang sama.

Bila pena berbicara,

Kekasih mengerti isi hati pencintanya,

Bahagia segenap ruang rongga.

Bila pena berbicara,

Pasti ada ceritanya,

Yang baik jadikan iktibar,

Yang buruk jadikan sempadan. J

Thursday, July 14, 2011

perjalanan bumi semakin tamat

Selamat pagi dunia..salam sejahtera kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w..

Semampu aku laksanakan, aku akan laksanakan. Sedaya aku tunaikan, aku akan tunaikan. Namun, aku hanya insan yang penuh khilaf. Kadang bicara aku babas tak semena. Kadang petahku mengguris hati mereka. Kadang hidupku penuh hilai tawa yang mematikan hati. Sedalamnya yang aku termampu hanya membendung hatiku dari terjebak ke kancah maksiat. Dan itulah selemah-lemah iman. Aku tak berdaya kerana suaraku tak mungkin akan didengar.

Antara sedar atau tak, sekarang dah masuk bulan Julai. Tak lama lagi aku akan menyambut kelahiran aku yang ke-19 tahun. Aku tertanya-tanya apa sumbangan aku di dunia ni. Apa yang telah aku perbuat untuk agama kecintaan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w ini? Sebagai hamba-Nya. Sebagai umat Muhammad s.a.w.

Sepenuh kudrat aku sentiasa memperbaiki amalan-amalan aku. Namun aku sedar aku hanya manusia biasa. Khilaf ada di mana-mana. Aku perlu belajar tentang Islam untuk mendalaminya lagi. Aku perlu memahami islam.. semoga Allah sentiasa membantu aku dan memelihara aku..

Sahabat sekalian, usia bumi yang kita duduki sekarang sudah hamper ke penghujungnya. Sebagai seorang khalifah yang Allah ciptakan untuk menjaga bumi ini apakah kita semua telah melaksanakannya? Adakah kita telah menjaga bumi ini dengan sebaiknya? Adakah kita memelihara bumi ini semampunya? Bagaimana rupanya kita ketika di padang masyar kelak? Sudah banyakkah amalan yang kita bawa atau hanya sekeping kertas yang tidak bernilai? Timbangan mana yang berat? Timbangan kanan atau kiri yang berat? Di dunialah kita berhimpun mengumpul bekalan akhirat.

Saat kebangkitan umat Islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi, maka tertutuplah segala jenis pintu taubat. Jelaslah di sini bahawa ketika itu kiamat sudah sangat hampir, sangat dekat. Tatkala ini, perjuangan umat Islam masih belum jelas ketara. Saat ini umat Islam yang jahil terus bergelumang dengan dosa yang berupa syurga dunia yang melalaikan melekakan dan mengghairahkan.

Nauzubillah. Semoga aku dan teman-teman masih punya iman untuk menempuh hari kiamat dan aku berdoa supaya aku dan teman-teman tidak hidup pada zaman terbangkitnya Dajjal yang menyesatkan.

Nabi menyarankan kepada kita, umatnya untuk berdoa di dalam solat sebelum member salam yang berbunyi “ Ya, Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajjal.” Amin….

Semoga Allah merahmati kita semua umat Islam dan mengampunkan dosa-dosa kita..

Sesungguhnya kesilanpan itu datangnya dari manusia dan yang baik itu datangnya dari Allah..

Sunday, July 10, 2011

kesempatan ^^

kesempatan yang diperoleh dulu,
sudah cukup bagi aku.

terima kasih dengan cinta yang dulu.

terima kasih dengan sayang yang dulu.

terima kasih dengan rindu yang dulu.

Allah tahu.

masanya telah tiba,
walau macam mana aku halang,
benda tetap akan berlaku.

mungkin kini masanya.

aku reda. aku pasrah. aku yakin.

segenap ruang yang aku rasa kosong.

cuba ku isi dengan cinta Illahi.

Allah, jangan tinggal aku sendiri.

Allah, jangan biar aku di lorong sepi.

Allah, jangan hilangkan sayang-Mu padaku.

maafkan aku andai aku yang salah.
maafkan aku andai aku yang khilaf.
maaf.maaf.maaf.

aku hanya insan biasa yang sering tewas dengan bisikan laknatullah.
aku hanya insan biasa yang baru menapak mengenal dunia.
dunia akan berakhir.
dunia hanya sementara.
dunia pinjaman semata.

p/s: hulurkan tangan bawa aku naik jangan biar aku terjunam ke dasar lembah tidak berpenghujung.


Wednesday, July 6, 2011

belajar belajar dan belajar

niat dalam hati nak fokus dekat exam..
tapi belakangan ni sangat sibuk dengan aktiviti sekolah.
haish..
sabar je laa..
harap2 lepas ni dpt fokus dkt exam pulak..

WISH ME LUCK 4 MY STPM 2011..