Setiap orang ada keyakinan masing-masing. Lakukanlah apa yang dirasakan benar. Kita sendiri belum tentu benar. ------------à ni la kata-kata yang aku baca dari pengikut Abuya. Aku tidak menentang apatah lagi berlagak pandai. Aku melihat dari sudut pro dan kontranya.
Semua orang merasakan mereka adalah benar. Tidakkah mereka sedar bahawa kebenaran itu milik Allah? Setiap aturan Allah adalah terbaik. Mengapa sesama Islam berdebatkan tentang kebenaran yang diyakini? Menyembah tuhan yang sama. Menjunjung kekasih yang sama. Mengucap syahadah yang sama. Menunaikan rukun yang sama. Menganut agama yang sama. Tapi bila fahaman berbeza. Bila satu perkara tidak menetapi pemikiran mereka.. Terus mahu membantah. Terus mahu mencanggah. Terus mahu berdebat. Kalian terfikir atau tidak.. Allah menjadikan kita sebagai khalifah untuk hidup atas dunia yang sama. Bersama-sama menentang musuh kita yakni syaitan. Siapa pun kita. Di mana pun kita. Kita tetap menyembah tuhan yang sama iaitu Allah. Kita tetap menjunjung kekasih yang sama iaitu Rasulullah S.A.W. Kita tetap mengucap syahadah yang sama iaitu ‘Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah’. Kita tetap menunaikan rukun yang sama iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji bagi yang berkemampuan. Kita tetap menganut agama yang sama iaitu ISLAM.
Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah memaksa umatnya menerima agama yang diperjuangkan. Kenapa pula kita sebagai umatnya mahu bertelagah sesama sendiri memenangkan fahaman kita? Tidak kira siapa pun kita ingatlah.. KEBENARAN ITU MILIK ALLAH.
Berpeganglah kamu kepada dua perkara iaitu al-Quran dan as-Sunnah, nescaya kamu tidak akan tersesat selamanya. Inilah pesanan Nabi kesayangan kita Muhammad S.A.W. sebelum baginda meninggalkan kita. Islam terlalu luas agamanya. Terlalu luas fahamannya. Sedangkan kita, manusia datang dengan kepelbagaian latar belakang. Bukalah kembali mushalaf. Ikutlah kembali sunnah baginda. Wallahualam..
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kita, hamba-Nya.
Sekian. Maaf andai ada yang terguris..
No comments:
Post a Comment