Selamat pagi dunia..salam sejahtera kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w..
Semampu aku laksanakan, aku akan laksanakan. Sedaya aku tunaikan, aku akan tunaikan. Namun, aku hanya insan yang penuh khilaf. Kadang bicara aku babas tak semena. Kadang petahku mengguris hati mereka. Kadang hidupku penuh hilai tawa yang mematikan hati. Sedalamnya yang aku termampu hanya membendung hatiku dari terjebak ke kancah maksiat. Dan itulah selemah-lemah iman. Aku tak berdaya kerana suaraku tak mungkin akan didengar.
Antara sedar atau tak, sekarang dah masuk bulan Julai. Tak lama lagi aku akan menyambut kelahiran aku yang ke-19 tahun. Aku tertanya-tanya apa sumbangan aku di dunia ni. Apa yang telah aku perbuat untuk agama kecintaan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w ini? Sebagai hamba-Nya. Sebagai umat Muhammad s.a.w.
Sepenuh kudrat aku sentiasa memperbaiki amalan-amalan aku. Namun aku sedar aku hanya manusia biasa. Khilaf ada di mana-mana. Aku perlu belajar tentang Islam untuk mendalaminya lagi. Aku perlu memahami islam.. semoga Allah sentiasa membantu aku dan memelihara aku..
Sahabat sekalian, usia bumi yang kita duduki sekarang sudah hamper ke penghujungnya. Sebagai seorang khalifah yang Allah ciptakan untuk menjaga bumi ini apakah kita semua telah melaksanakannya? Adakah kita telah menjaga bumi ini dengan sebaiknya? Adakah kita memelihara bumi ini semampunya? Bagaimana rupanya kita ketika di padang masyar kelak? Sudah banyakkah amalan yang kita bawa atau hanya sekeping kertas yang tidak bernilai? Timbangan mana yang berat? Timbangan kanan atau kiri yang berat? Di dunialah kita berhimpun mengumpul bekalan akhirat.
Saat kebangkitan umat Islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi, maka tertutuplah segala jenis pintu taubat. Jelaslah di sini bahawa ketika itu kiamat sudah sangat hampir, sangat dekat. Tatkala ini, perjuangan umat Islam masih belum jelas ketara. Saat ini umat Islam yang jahil terus bergelumang dengan dosa yang berupa syurga dunia yang melalaikan melekakan dan mengghairahkan.
Nauzubillah. Semoga aku dan teman-teman masih punya iman untuk menempuh hari kiamat dan aku berdoa supaya aku dan teman-teman tidak hidup pada zaman terbangkitnya Dajjal yang menyesatkan.
Nabi menyarankan kepada kita, umatnya untuk berdoa di dalam solat sebelum member salam yang berbunyi “ Ya, Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajjal.” Amin….
Semoga Allah merahmati kita semua umat Islam dan mengampunkan dosa-dosa kita..
Sesungguhnya kesilanpan itu datangnya dari manusia dan yang baik itu datangnya dari Allah..
No comments:
Post a Comment