Salam dan selawat buat
junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Tazkirah pendek dari
saya. Siapa Allah di hati kita? Persoalan ini perlu diwujudkan dalam hati agar
hati kta selalu sedar akan kedudukan kita hanya sebagai hamba. Hamba yang
seharusnya menyembah Tuhan yang Menciptakannya. Siapa Allah di hati kita? Adakah
sebagai Tuhan yang perlu ditaati? Jika ya, apakah kita sudah mentaati-Nya. Bagaimana
cara mentaati-Nya? Dengan melakukan segala suruhan-Nya. Apa pula suruhan-Nya? Tertegaknya
Islam dengan 5 rukun. Buatlah yang wajib. Amal mahruf nahi mungkar. Ajaklah kepada
kebaikan dan jauhi larangan-Nya.
Siapa Allah di hati
kita? Mari kita letakkan Allah di kedudukan paling tertinggi. Kedudukan paling
mulia di hati kita. Jadikan Allah itu matlamat kita hidup di dunia. Jadikan Allah
sebagai sandaran kita. Impikan sesuatu yang membawa kita dekat kepada-Nya. Dengan
izin Allah, segalanya jadi mudah. kita letakkan Allah di kedudukan tertinggi di
dunia, nanti di akhirat, Allah letakkan kita di kedudukan tertinggi di sisi-Nya.
Kejarlah apa yang tertinggal kerana Allah. J Selamat membenih amal di dunia, semoga ada hasil untuk
kita tuai di akhirat kelak. In shaa Allah. Moga Allah redha.