pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Friday, January 25, 2013

siapa Allah di hati kita?


Salam dan selawat buat junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Tazkirah pendek dari saya. Siapa Allah di hati kita? Persoalan ini perlu diwujudkan dalam hati agar hati kta selalu sedar akan kedudukan kita hanya sebagai hamba. Hamba yang seharusnya menyembah Tuhan yang Menciptakannya. Siapa Allah di hati kita? Adakah sebagai Tuhan yang perlu ditaati? Jika ya, apakah kita sudah mentaati-Nya. Bagaimana cara mentaati-Nya? Dengan melakukan segala suruhan-Nya. Apa pula suruhan-Nya? Tertegaknya Islam dengan 5 rukun. Buatlah yang wajib. Amal mahruf nahi mungkar. Ajaklah kepada kebaikan dan jauhi larangan-Nya.
Siapa Allah di hati kita? Mari kita letakkan Allah di kedudukan paling tertinggi. Kedudukan paling mulia di hati kita. Jadikan Allah itu matlamat kita hidup di dunia. Jadikan Allah sebagai sandaran kita. Impikan sesuatu yang membawa kita dekat kepada-Nya. Dengan izin Allah, segalanya jadi mudah. kita letakkan Allah di kedudukan tertinggi di dunia, nanti di akhirat, Allah letakkan kita di kedudukan tertinggi di sisi-Nya. Kejarlah apa yang tertinggal kerana Allah. J Selamat membenih amal di dunia, semoga ada hasil untuk kita tuai di akhirat kelak. In shaa Allah. Moga Allah redha.

No comments: