Masih belum
terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2013!
J
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah. Masih diberi
peluang menghirup udara percuma kurniaan Allah. Masih diberi kesempatan untuk
menebarkan ilmu dari Allah. Aku mohon Allah kurniakan rahmat-Nya kepada seluruh
umat Islam di dunia ini, dan harapku pada kali ini agar Islam terus meneraju
dunia serta pemimpin-pemimpin Islam dunia bersatu atas satu nama iaitu ISLAM.
Allah, pandulah
kaki ini,
Segera menuju jalan
yang diredhai,
Satukan hati-hati
kami,
Bukakan pintu
hati kami,
Agar tetap teguh,
agar tidak roboh.
Jadikanlah fisabilillah
itu matlamat kami.
Jadikanlah jihad
itu santapan kami.
Aku cuma hamba
yang hina.
Tersorok di satu
dunia.
Yang tidak siapa
melihat, tidak siapa peduli.
Tapi masih
berdiri memegang Islam sebagai jati diri.
Islam masih di
hati.
Bergerak sebagai
muslimah sejati,
Cuba membetulkan
kekhilafan diri.
Cuba menegakkan
Islam di sini.
Di hati sendiri,
keluarga dan rakan-rakan.
Nota HATI : jika
mencintai dunia melebihi akhirat, maka kau akan sombong dengan Allah. Tak percaya?
Kau masih bermaksiat di bumi kepunyaan Allah, kau masih berpoya-poya di bumi Allah.
Kau masih lalai di bumi Allah. Tak ingat ke Allah berkata : barang sesiapa yang
kufur terhadap nikmat Allah, maka seksaan yang pedih buatnya. Adakah kau rasa kau mampu?
No comments:
Post a Comment