Kisah ini
berlaku ketika zaman Nabi Musa a.s, di mana ada seorang lelaki yang fasik telah
meninggal dunia. Dia sangat fasik hinggakan tiada seorang pun penduduk kampung
sudi untuk mengebumikan jenazahnya. Bahkan, jenazahnya diseret oleh penduduk
kampung dan dibuang ke kawasan najis unta. Lalu, Allah menurunkan wahyu kepada
Nabi Musa a.s, “ Wahai Musa, ada seorang lelaki di kampung fulan meninggal.
Jenazahnya dibuang ke kawasan najis unta. Dia adalah sebahagian daripada kekasih-Ku.
Orang kampung tidak ada yang bersedia mengurusnya, maka uruskanlah. Segeralah
kau berangkat ke kampung fulan. Mandikan, kafankan, solatkan jenazahnya dan
kebumikan jenazahnya.”
Setelah
mendapat wahyu, Nabi Musa a.s segera berangkat. Sampai sahaja di kampung si
fulan, Nabi Musa a.s bertanya kepada penduduk kampung, perihal perilaku jenazah
bersebut ketika hidupnya serta mengapa penduduk kampung tersebut memperlakukan
jenazah sekasar itu. Jawab mereka, ‘ Dia mati ketika penduduk kampung sedang
marah dan membencinya.’ Lalu Nabi Musa bertanya lagi, ‘ Di manakah jenazah itu
dikuburkan? Kerana Allah telah memberikan wahyu kepadaku agar menguruskannya.
Tunjukkanlah kepadaku di mana jenazah itu kalian buang?’ Penduduk kampung pun
kemudian membawa Nabi Musa a.s ke tempat pembuangan jenazah itu.
Nabi Musa a.s
menyaksikan sendiri keadaan jenazah yang dibuang di kawasan najis unta, dan
mendengar langsung cerita perilaku sehariannya. Lalu, Nabi Musa a.s bermunajat
kepada Allah, “ Ya Allah, Engkau memerintahkan kepadaku agar memandikan,
mengafankan, solat jenazah dan menguburkan jenazahnya, padahal penduduk kampung
menyaksikan bahawa semasa hidupnya dia selalu bermaksat secara terang-terangan.
Sungguh hanya Engkaulah yang lebih mengetahui daripada apa yang mereka
ketahui.”
Allah S.W.T
menjawab, “ Hai Musa, memang benar apa yang mereka katakan itu. Dia adalah
seorang yang sangat buruk akhlaknya. Tetapi, ketika sakaratul maut dia sempat
meminta pertolongan kepada-Ku dengan tiga perkara. Seandainya semua orang yang
berdosa bersedia meminta pertolongan daripada-Ku dengan tiga perkara
sebagaimana si mayat lakukan, nescaya Aku akan memberikan pengampunan atas
dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Bagaimana Aku tidak bersedia mengampuni,
sedang dia meminta pengampunan kepada-Ku, bukankah Aku Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang?”
Nabi Musa a.s
bertanya lagi, “ Ya Allah, apakah tiga perkara itu”. Allah S.W.T menjawab,
“Tiga perkara itu adalah : pertama, ketika sakaratul maut da berkata : ‘ Ya
Allah, sungguh Engkau lebih mengetahui keadaan diriku yang selalu berbuat
maksiat. Dalam hati kecilku, sungguh sangat membenci kemaksiatan yang aku
lakukan. Tetapi, aku terpengaruh oleh tiga perkarayang selalu menggodaku,
hingga maksiat pun aku lakukan. Tiga perkara yang selalu menyelubungi dan
menggoda hatiku adalah hawa nafsu, teman bergaul yang jahat dan iblis. Ya
Allah, sungguh Engkau Maha Mengetahui segala perilaku yang telah aku lakukan,
hingga berkenan kiranya Engkau mencurahkan ampunan kepada hamba-Mu yang
bersimbah dosa ini’.
Keduanya,
ketika sakaratul maut dia berkata, ‘ Ya Allah, sungguh Engkau lebih mengetahui
bahawa diriku telah banyak melakukan kemaksiatan, lantaran aku tinggal bersama
orang-orang fasik. Sungguh nuraniku berkata, bahawa aku tidak suka berteman
dengan mereka, dan lebih suka berteman dengan orang yang soleh. Lebih daripada
itu, aku menyukai sifat zuhud orang yang suka beramal soleh, serta lebih senang
duduk bersama mereka berbanding daripada duduk bersama orang fasik’.
Ketiga, ketika
bersakaratul maut, ‘ Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang diriku. Sungguh
orang yang fasik sangat memerlukan pertolonganku, demikian pun orang soleh.
Tentu aku selalu mengutamakan kepentingan orang soleh’.
Dalam riwayat
Wahab bin Munabih, lelaki tersebut ketika sakaratul maut menjelang dia berkata,
‘ Ya Allah, bila Engkau berkenan mengamuni dosa-dosaku, tentu para kekasih-Mu
dan para nabi-Mu akan berasa bahagia, sementara syaitan dan para pengikutnya
akan berasa sangat sedih. Sebaliknya, jika Engkau tidak memberi pengampunan
kepadaku, tentu para kekasih-Mu dan para nabi-Mu akan berasa sangat sedih,
sementara syaitan dan para pengikutnya akan berasa gembira kerana telah berjaya
menghasutku melakukan kemaksiatan dan berjaya mengheretku ke lembah neraka-Mu.
Sungguh aku mengetahui bahawa kegembiraan para kekasih-Mu dan para nabi-Mu
lebih Engkau sukai berbanding kegembiraan syaitan dan pengikutnya. Ya Allah, ku
berharap dengan sepenuh kesungguhan, agar Engkau berkenan memberika keampunan
kepadaku. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui segalanya daripada diriku sendiri.
Aku berharap, memohon sekiranya Engkau mencurahkan kasih sayang dan menjauhkan
seksa neraka daripadaku yang berlumuran dosa’.
Kemudian Allah
menyampaikan pernyataan kepada Nabi Musa a.s, ‘ Wahai Musa, lantaran rintihan
hamba-Ku yang berlumuran dengan dosa, kemudian Aku mencurahkan belas kasihan,
mengampuni serta melepaskannya daripada azab neraka. Sungguh Aku adalah zat
yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lebih khusus kepada
hamba-Ku yang sedar dan mahu mengakui perbuatan dosa yang terlanjur
dilakukannya. Wahai Musa, kerjakanlah semua yang Aku perintahkan. Betapa
mulianya orang yang sedar kemudian bertaubat
daripada dosa, hingga kemudian Aku mengampuni dosa-dosa yang dilakukan selama
di dunia. Demikian pula Aku mengampuni dosa-dosa orang yang bersedia mendirikan
solat jenazah dan menguburkan jenazahnya’.
No comments:
Post a Comment