pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Saturday, December 17, 2011

rapuh... dalam jiwa




detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Thursday, December 1, 2011

aku dan cemburu 2





ah!
mengapa perlu hadir lagi rasa ini?
cemburu lagi dan lagi.
cemburu itu menapak lagi.
'untunglah kalian'
itu persepsi pertama terlihat.
mata membaca. hati memberontak.
mengapa bukan aku? mengapa kamu?
perlahan, jiwa disentap,
firman Allah berlegar di fikiran.

'baik bagi kamu, belum tentu baik untuk kamu. Allah juga Maha Mengetahui'

jiwa kembali insaf.
jiwa kembali merintih.
keterlanjuran cemburu itu
hampir membawa ke neraka.

mungkin apa yang ada di hati
adalah nafsu
kerana itu Allah belum makbulkan permintaanku.

cemburu aku kerana tidak boleh menjadi seperti kamu
cemburu aku kerana merasa ilmu kucuma sekangkang kera
cemburu aku kerana penghijrahan kubelum selesai
cemburu aku kerana berasa tidak bersyukur atas kurniaan-Nya.

aku dan cemburu.
cemburu lagi dan lagi.
cemburu aku memburu ilmu.
melihat kamu sudah di sana.
sedang aku masih merangkak.
akan tercapai? atau terkulai?

kamu!
ya, kamu yang di sana!
gunalah peluang itu sebaiknya.
gunalah kurniaan itu selagi ada.
dan aku,
teruskan langkah..
mengorak ke arah kamu,
agar kita sama-sama dapat menjadi khalifah.

p/s: perjalanan kita sudah diatur di Loh Mahfuz. maka mengapa khuatir tentang masa depan? Allah itu ada. Allah itu Maha Baik. Allah itu Maha Tahu. abaikan semua rasa yang menghentam jiwa. abaikan semua rasa yang meruntun jiwa. abaikan bisikan syaitan laknatullah. InsyaAllah kita akan mencapainya.

Tuesday, November 1, 2011

21 november 2011

Assalamualaikum dan selawat ke atas junjungan kita, Nur Muhammad SAW..
tarikh penting itu semakin hampir, semoga aku mampu melakukan yang terbaik.. semoga berjaya di dunia dan akhirat.. kepada rakan-rakan, semoga perjuangan kita selama ini berbaloi dan diredhai Allah. jagalah hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. semoga kita sama-sama diberkati.. amin.


do the best among the best in your STPM 2011. GOOD LUCK.

p/s: berdebar-debar. semoga aku mampu lakukan yang terbaik. INSYAALLAH>

Wednesday, October 26, 2011

hanya seekor kupu-kupu



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat dan salam buat junjungan kita Nur Muhammad SAW. Bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita untuk saling berpesan dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Telah menjadi keutamaan kita untuk saling berpesan-pesan sejajar wasiat Nur Muhammad SAW junjungan tercinta kita.

Entry kali ni aku rasa semua orang tahu kisah tentang seekor kupu-kupu. Kisah ni dari kecil diceritakan kepada aku dengan kepelbagaian versi tetapi tetap mempunyai satu tujuan iaitu, tidak mudah untuk menggapai kejayaan dalam kehidupan. Dan Allah adalah sebaik-baik sandaran dan harapan kita di muka bumi ini. Setiap individu semestinya mempunyai misi atau matlamat dalam hidup. Tidak kiralah siapa kita, bermula dari sekolah tadika kita sudah dididik untuk menetapkan matlamat kita apabila dewasa kelak.

Istilah berjaya selalu digunakan dalam masyarakat apabila seseorang individu itu mencapai suatu pangkat dalam norma masyarakat yang membuatkan diri mereka terasa layak disanjung dan dihormati. Ada seorang kawan aku, tersilap faham tentang konsep berjaya. Bagi dia, melihat orang yang berjaya memasuki universiti adalah sesuatu yang dikira sebagai berjaya hingga dia berasa putus asa dengan keadaan dirinya. Melihat orang sekelilingnya hidup dalam kehidupan yang lebih baik itu adalah berjaya. Jadi, aku menerangkan kepada dia bahawa kita berjaya bukan dalam pandangan mata masyarakat semata-mata. Tetapi kitalah yang menetapkan matlamat dalam diri kita untuk dicapai, tidak kira dalam jangka masa yang pendek ataupun dalam jangka masa yang panjang. Seandainya, kita telah berjaya mencapai matlamat kita walaupun matlamat itu tidak diiktiraf sebagai berjaya dala mata pandangan masyarakat, kita tetap sudah berjaya mencapainya. Itulah erti kejayaan yang sebenar-benarnya. Kita perlu melihat kemampuan diri kita dan yakin untuk mencapainya serta bukan semam-mata mengharapkan orang lain memandang kita sebagai berjaya. Oleh yang demikian, renungilah kisah kupu-kupu ini supaya kita memperoleh keyakinan yang jitu dalam mencapai matlamat hidup kita.

Sekumpulan anak kecil telah dibawa oleh guru mereka ke sebuah taman. Tiba-tiba mereka telah menemukan kepompong seekor kupu-kupu. Guru mereka menyuruh mereka memerhatikan gelagat si kupu-kupu kerana ketika itu, kupu-kupu tersebut sedang berusaha untuk keluar dari kepompong. Sekumpulan anak kecil itu duduk mengamati dan memerhati dalam beberapa jam gelagat kupu kupu itu. Kupu-kupu itu berjuang dengan memaksa dirinya keluar dari lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya kupu-kupu telah berusaha semampunya dan kupu-kupu tersebut tidak boleh buat lebih jauh lagi. Akhirnya salah seorang dari anak kecil tersebut memutuskan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kengkangan dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya.. namun kupu-kupu itu mempunyai tubuh gembung dan kecil.. sayap sayap mengkerut.. anak kecil tersebut terus mengamatinya kerana dia mengharap bahawa sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuh kecil si kupu-kupu itu yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalan waktu. sayangnya semuanya takpernah terjadi.

Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap sayap yang mengkerut dan tidak boleh terbang.

Yang tidak difahami oleh anak kecil itu ialah ketergesaan dia telah menghambat perjuangan yang diperlukan kupu kupu untuk keluar dari lubang kecil adalah jalan yang Allah tetapkan memaksa cairan dari tubuh kupu kupu itu ke dalam sayap sayapnya sedemikian.. sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Allah membiarkan kita hidup tanpa hambatan perjuangan.. itu mungkin justeru akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang diperlukan untuk mengejar cita cita dan harapan yang kita minta.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

Kita memohon kekuatan dan Allah memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita menjadi lebih kuat.

Kita memohon kebijaksanaan dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran dan Allah memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.

Kita memohon keteguhan hati dan Allah memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.

Kita memohon cinta dan Allah memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan kebaikan hati dan Allah memberi kita kesempatan kesempatan yang sileh berganti.. begitulah cara Allah membimbing kita.

Apakah jika kita tidak memperoleh yang kita inginkan.. bererti kita tidak mendapatkan segala yang kita perlukan?..

Kadang-kadang Allah tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Allah memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana dan ketetapan Allah.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..

FIRMAN ALLAH SWT :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Wallahualam.. sekian..

Tuesday, October 18, 2011

aku dan cemburu

hati ini terhiris, terguris..
saat kutatap wajahnya..
mulus, telus..
menusuk hingga ke kalbu bacaannya..
aku terbuai indah dengan alunan suaranya..
tiba-tiba, angin cemburu menerpa..
aduh, sakit..
aku terjatuh..
perhati mereka..
wajah yang mulus dan telus..
hafalan seusia itu..
sedang aku masih merangkak mengejar..
kamu khalifah pilihan Allah.
janganlah sia-siakannya..

hati cemburu terus menyala,
kerana aku tak punya kesempatan yang sama.
aku belajar untuk reda walaupun payah dan siksa.

janganlah persia-siakannya.
usaha bonda dan ayahanda
yang ingin melihat kau dipersada.
aku?
aku masih merangkak dan menanti keajaiban..

aku memang cemburu kerana tidak punya peluang seperti kamu.
Allah menetapkan aku begini dan aku perlu berusaha gigih dari kamu yang terdidik begitu.
aku memang cemburu kerana kamu yang dipilih bukan aku.
sedangkan hati aku yakin aku mampu untuk jadi lebih baik dari kamu.
tetapi Allah sememangnya Maha Mengetahui dan ketetapan dari-Nya yang terbaik..

wahai hati, belajarlah untuk reda. Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk kita.
dan kamu! ya, KAMU!!
hargailah apa yang Allah telah kurniakan padamu. kau pilihan-Nya.
bukalah minda, bukalah hati, bukalah jiwa.. terimalah dengan hati yang ikhlas..

Friday, September 30, 2011

senda jumaat ^^

Assalamualaikum… Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini…. 3 Minit je, tak lama pun.. Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa machine gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman itu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “ Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ini”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan menuruti jemaah yg lain….

Macammana?? adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yg betul-betul BERIMAN… “

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa machine-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa sangat katanya. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama, Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti.. tapi yg paling mustahil sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah…. X perlu minta izin..moga bermanfaat kpd semua…

Seperti yang diceritakan di atas, ternyatalah sabda Rasulullah s.a.w tentang manusia akhir zaman ibarat buih-buih yang terapung-apung di atas air. Sekali dibah akan lenyaplah semua. Manusia akhir zaman amat lemah sekali imannya padahal kamu amat ramai.

Ya Allah, bilakah janji-Mu akan tiba? Terbangkitnya Islam di mata dunia. Kembali menggenggam dunia. Kembali bersatu. Ya Allah, Kau satukanlah hati-hati ini di bawah lembayung rahmat-Mu agar kami kembali ke zaman kegemilangan Islam..

Renung-renungkan dan selamat beramal.

.

Thursday, September 15, 2011

bataskan rasa ini

Ya Allah, bataskan rasa ini

Rindu pada dia yang bukan halal untukku..

Ya Allah, simpanlah rasa ini

Hingga dia halal buatku..

Ya Allah, aku sungguh perlukan-Mu..

Jangan sampai aku kecundang dengan rindu ini…

Jangan sampai aku tertewas dengan rasa ini..

Bantulah hamba-Mu yang sentiasa khilaf ini..

Pimpinlah aku ke jalan-Mu..

Ya Allah, labuhkanlah rindu ini ke pelabuhan cinta-Mu..

Aku taktau ke mana harusku lontarkan..

Ya Allah.. bantulah aku..


Thursday, September 1, 2011

kekasih hatiku sedang menunggu



kekasih hatiku

sentiasa menemani tidak kira ke mana aku melangkah.

sentiasa ada di setiap hela nafasku.

sentiasa ada kala lena dan jaga.

alangkah indahnya kekasih hatiku sentiasa bersama-sama.

Dia ada bila ku perlukannya.

kerana aku sentiasa perlukan cintaNya.

Dia sentiasa menunggu aku.

setiap detik..

setiap saat..

setiap ketika..

indahnya cinta :)

Dia sedang menunggu aku..

menunggu aku bermesra..

kala panggilan cintanya memanggil..

kala panggilan rindunya disahut..

kami berjumpa 5 kali sehari.

Namun, tetap ada getar dan sebak di hati..

Keagungan cintaNya padaku usah diragu..

Kekasih hatiku sentiasa menunggu

Aku membalas cintaNya..

Walaupun terkadang aku alpa..

Dan cuba berpaling dariNya..

Dia tetap setia.

Menanti dan menunggu..

Berharap aku sentiasa mengingatiNya..

Ketika aku terlena,

Dia bangunkan aku..

Ketika aku kesunyian,

Dia temankan aku..

Ketika aku kesedihan,

Dia hiburkan aku..

Ketika aku kesempitan,

Dia lapangkan aku..

Ketika aku dahaga,

Dia beri rezeki..

kekasih hatiku sedang menunggu

aku untuk sujud padaNya.

Seagung cinta Illahi tiada berbahagi..

Friday, August 26, 2011

luahan hati hamba Allah..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan surga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Semoga cinta kita bukan cinta yang didominasi nafsu belaka…



credited by : http://www.facebook.com/notes/i-love-allah-swt-and-prophet-muhammad-saw/luahan-hati-hamba-allah-swt/261979240486422


Monday, August 22, 2011

apakah benar Allah itu wujud?



Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.

“Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?”

Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.

“Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?”

“Mestilah dari benihnya.”

“Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?”

“Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku.”

“Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?”

“Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?”

‘Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?”

“Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud”.

“Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?”

“Pasti.”

“Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati.”

“Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?”.

“Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? ”

“Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?”

“Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa.”

“Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?”

“Buktinya ialah dirimu.”

“maksudmu?”

“Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?”

“Ia terjadi sendiri”

“Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri”

“Mengapa mustahil?”

“Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?”

“Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini”

“Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?”

Senyap..

“Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?”, ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.

Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, “Tuhan yang tidak mati”

Lalu dia bangkit, “Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

_____________

Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, ‘kewujudan Allah’ hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.

Muhasabah diri…
Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
Nauzubillah..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.


sumber : http://www.gilerkentang.com/apakah-benar-allah-itu-wujud/

Sunday, August 21, 2011

temui cinta

aku dan rindu

bertamu rindu

terasa indahnya cinta

pada kelam malam

sinar rembulan

ku adu rasa rindu

terasa syahdu

kucupanmu singgah

di bibir hatiku.

aku dan cinta

ibarat pantai dan ombak

sering bertelagah

sering tak sehaluan

sering bercanggah pendapat

namun, bertemu di bibir cinta.

aku dan kekasih

ibarat langit dan bumi

jauh di mata

di hati jangan

tetap bersatu di hujung dunia.

aku dan kamu

paduan cinta terindah

mimpi terhias

lampu impian bersama

moga terjaga

impian digenggam.

p/s: semoga terlaksana janji setia. semoga ikatan terikat setia sampai bila-bila.


Saturday, August 20, 2011

bersyukur dan mencari yang lebih baik

salam ukhwah.
apabila kamu dilanda masalah dunia yang tiada hentinya,
cubalah kamu menyusup ke dalam hati mereka yang lebih susah berbanding dirimu.
nescaya, erti kesyukuran akan menyinggah di hatimu.

apabila kamu memandang akhirat,
pandanglah mereka yang lebih beriman daripadamu,
nescaya kamu akan berusaha ke arah itu.

dunia ni sifatnya sementara.
akhirat pula kekal selamanya.
iman, semoga bertambah setiap ketika.
ilmu, semoga bermanfaat setiap detik.
setiap detik yang terhitung, luangkanlah dengan lafaz dan kalimah ikhlas.
supaya setiap coretan yang dicatat menjadikan kita puak kanan di akhirat.
amin. ya rabbil alamin.



Friday, August 19, 2011

serabut.

salam.
adoi.kenapa lah sekarang ni macam serabut je..macam2 benda jadi..
nak-nak sekarang ni bulan puasa kan.
kenapa aku dah tak boleh jadi macam tu?
macam hipokrit pun ada gak.
entahlah..
sandiwara bila nak tamat?
aku dah tak larat lagi ni.
terus teranglah kalau apa yang aku andaikan tu betul..

Sunday, July 31, 2011

SIAPA YANG BENAR?

Setiap orang ada keyakinan masing-masing. Lakukanlah apa yang dirasakan benar. Kita sendiri belum tentu benar. ------------à ni la kata-kata yang aku baca dari pengikut Abuya. Aku tidak menentang apatah lagi berlagak pandai. Aku melihat dari sudut pro dan kontranya.

Semua orang merasakan mereka adalah benar. Tidakkah mereka sedar bahawa kebenaran itu milik Allah? Setiap aturan Allah adalah terbaik. Mengapa sesama Islam berdebatkan tentang kebenaran yang diyakini? Menyembah tuhan yang sama. Menjunjung kekasih yang sama. Mengucap syahadah yang sama. Menunaikan rukun yang sama. Menganut agama yang sama. Tapi bila fahaman berbeza. Bila satu perkara tidak menetapi pemikiran mereka.. Terus mahu membantah. Terus mahu mencanggah. Terus mahu berdebat. Kalian terfikir atau tidak.. Allah menjadikan kita sebagai khalifah untuk hidup atas dunia yang sama. Bersama-sama menentang musuh kita yakni syaitan. Siapa pun kita. Di mana pun kita. Kita tetap menyembah tuhan yang sama iaitu Allah. Kita tetap menjunjung kekasih yang sama iaitu Rasulullah S.A.W. Kita tetap mengucap syahadah yang sama iaitu ‘Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah’. Kita tetap menunaikan rukun yang sama iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji bagi yang berkemampuan. Kita tetap menganut agama yang sama iaitu ISLAM.

Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah memaksa umatnya menerima agama yang diperjuangkan. Kenapa pula kita sebagai umatnya mahu bertelagah sesama sendiri memenangkan fahaman kita? Tidak kira siapa pun kita ingatlah.. KEBENARAN ITU MILIK ALLAH.

Berpeganglah kamu kepada dua perkara iaitu al-Quran dan as-Sunnah, nescaya kamu tidak akan tersesat selamanya. Inilah pesanan Nabi kesayangan kita Muhammad S.A.W. sebelum baginda meninggalkan kita. Islam terlalu luas agamanya. Terlalu luas fahamannya. Sedangkan kita, manusia datang dengan kepelbagaian latar belakang. Bukalah kembali mushalaf. Ikutlah kembali sunnah baginda. Wallahualam..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kita, hamba-Nya.

Sekian. Maaf andai ada yang terguris..

Friday, July 29, 2011

selamat datang ya ramadhan

hari yang aku tunggu hari yang aku nanti akhirnya kembali. akhirnya dia mengucapkan salam barakahnya padaku dan seluruh umat islam..semoga kita tidak mensia-siakan ramadhan yang mengunjungi kita hanya setahun sekali..

Allah berfirman yang membawa maksud, jika hamba Allah mengetahui apa yang terkandung dalam ramadhan nescaya dia akan berdoa supaya setiap bulan itu adalah bulan ramadhan..

sayangnya, kita sebagai umat islam jarang sekali memanfaatkan bulan penuh barakah ini yang hadir bersama-sama rahmat dan keampunan..

semoga tahun ini kita mencuba untuk memanfaatkan ramadhan sebaiknya..
semoga ramadhan kali ini bukan yang terakhir untuk kita..
dan semoga Allah panjangkan usia kita menyambutnya pada tahun hadapan..

sekian..

Friday, July 22, 2011

terima kasih Ya Allah :)


terima kasih Ya Allah,
beri kesempatan ini
untuk aku jejaki jelajahi dunia-Mu
semakin umurku meningkat
terasa semakin dekat waktu bertemu-Mu.

terima kasih Ya -Allah,
beri kesempatan ini
bertambah iman dan takwa
bertambah ilmu dan amal

terima kasih Ya Allah
untuk segalanya.
untuk Islam yang Kau pinjamkan.
untuk iman yang Kau tanamkan.
untuk kebenaran yang Kau sinarkan.

TERIMA KASIH!!

sempena ulang tahun kali ini, apa yang aku harapkan :

semoga aku gunakan sisa-sia akhir zaman ini sebaik mungkin.
mengabdikan diriku hanya untuk-Mu.
semoga engkau membantu hamba-Mu yang daif, naif dan khilaf ini.
semoga iman ku bertambah.
semoga ilmu ku bermanfaat.
semoga kasih sayang-Mu tidak putus untukku.
semoga Engkau melindungi aku selalu.

AMIN YA RABBILALAMIN....

Saturday, July 16, 2011

KERINDUAN

Rindunya aku untuk berkarya lagi. Namun tiada idea yang singgah di benakku hingga aku ketandusan dan kegeringan mencari di mana idea itu bersembunyi. Adakah Allah tidak mahu mengganggu perjalanan aku sebagai pelajar? Mungkin masanya akan tiba tetapi bukan sekarang.

Kecintaan aku pada dunia seni penulisan bukan satu perkara yang enteng. Sekadar suka-suka. TIDAK! Aku bersungguh bila berkarya agar apa yang terpendam dapat diluahkan meskipun tidak ramai yang memahami isi kandungannya.

Aku belajar dari sesuatu yang tiada kepada sesuatu yang ada. Dari segi makna dan rohnya. Dulu, mungkin maknanya sudah ada, tapi untuk mendapatkan roh sangat susah. Pencarian dan penantian aku tidak akan berhenti di sini sahaja. Aku akan terus belajar membaiki diri. Belajar untuk meningkatkan mutu penulisan aku. Entah bila, penulisan aku akan mendapat perhatian umum. Mungkin juga aku belum bersedia ke arah itu.

Bila pena berbicara,

Tajamnya pena bisa membunuh,

Lebih tajam dari belati,

Bisa menghunus hati pembaca,

Bisa menghiris hati pembaca,

Bisa melumatkan hati pembaca.

Bila pena berbicara,

Suasana yang suram menjadi ceria,

Suasana yang ceria menjadi suram,

Khabar disebar serata dunia,

Jangan membantah,

Kerana semua ada hak yang sama.

Bila pena berbicara,

Kekasih mengerti isi hati pencintanya,

Bahagia segenap ruang rongga.

Bila pena berbicara,

Pasti ada ceritanya,

Yang baik jadikan iktibar,

Yang buruk jadikan sempadan. J

Thursday, July 14, 2011

perjalanan bumi semakin tamat

Selamat pagi dunia..salam sejahtera kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w..

Semampu aku laksanakan, aku akan laksanakan. Sedaya aku tunaikan, aku akan tunaikan. Namun, aku hanya insan yang penuh khilaf. Kadang bicara aku babas tak semena. Kadang petahku mengguris hati mereka. Kadang hidupku penuh hilai tawa yang mematikan hati. Sedalamnya yang aku termampu hanya membendung hatiku dari terjebak ke kancah maksiat. Dan itulah selemah-lemah iman. Aku tak berdaya kerana suaraku tak mungkin akan didengar.

Antara sedar atau tak, sekarang dah masuk bulan Julai. Tak lama lagi aku akan menyambut kelahiran aku yang ke-19 tahun. Aku tertanya-tanya apa sumbangan aku di dunia ni. Apa yang telah aku perbuat untuk agama kecintaan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w ini? Sebagai hamba-Nya. Sebagai umat Muhammad s.a.w.

Sepenuh kudrat aku sentiasa memperbaiki amalan-amalan aku. Namun aku sedar aku hanya manusia biasa. Khilaf ada di mana-mana. Aku perlu belajar tentang Islam untuk mendalaminya lagi. Aku perlu memahami islam.. semoga Allah sentiasa membantu aku dan memelihara aku..

Sahabat sekalian, usia bumi yang kita duduki sekarang sudah hamper ke penghujungnya. Sebagai seorang khalifah yang Allah ciptakan untuk menjaga bumi ini apakah kita semua telah melaksanakannya? Adakah kita telah menjaga bumi ini dengan sebaiknya? Adakah kita memelihara bumi ini semampunya? Bagaimana rupanya kita ketika di padang masyar kelak? Sudah banyakkah amalan yang kita bawa atau hanya sekeping kertas yang tidak bernilai? Timbangan mana yang berat? Timbangan kanan atau kiri yang berat? Di dunialah kita berhimpun mengumpul bekalan akhirat.

Saat kebangkitan umat Islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi, maka tertutuplah segala jenis pintu taubat. Jelaslah di sini bahawa ketika itu kiamat sudah sangat hampir, sangat dekat. Tatkala ini, perjuangan umat Islam masih belum jelas ketara. Saat ini umat Islam yang jahil terus bergelumang dengan dosa yang berupa syurga dunia yang melalaikan melekakan dan mengghairahkan.

Nauzubillah. Semoga aku dan teman-teman masih punya iman untuk menempuh hari kiamat dan aku berdoa supaya aku dan teman-teman tidak hidup pada zaman terbangkitnya Dajjal yang menyesatkan.

Nabi menyarankan kepada kita, umatnya untuk berdoa di dalam solat sebelum member salam yang berbunyi “ Ya, Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajjal.” Amin….

Semoga Allah merahmati kita semua umat Islam dan mengampunkan dosa-dosa kita..

Sesungguhnya kesilanpan itu datangnya dari manusia dan yang baik itu datangnya dari Allah..

Sunday, July 10, 2011

kesempatan ^^

kesempatan yang diperoleh dulu,
sudah cukup bagi aku.

terima kasih dengan cinta yang dulu.

terima kasih dengan sayang yang dulu.

terima kasih dengan rindu yang dulu.

Allah tahu.

masanya telah tiba,
walau macam mana aku halang,
benda tetap akan berlaku.

mungkin kini masanya.

aku reda. aku pasrah. aku yakin.

segenap ruang yang aku rasa kosong.

cuba ku isi dengan cinta Illahi.

Allah, jangan tinggal aku sendiri.

Allah, jangan biar aku di lorong sepi.

Allah, jangan hilangkan sayang-Mu padaku.

maafkan aku andai aku yang salah.
maafkan aku andai aku yang khilaf.
maaf.maaf.maaf.

aku hanya insan biasa yang sering tewas dengan bisikan laknatullah.
aku hanya insan biasa yang baru menapak mengenal dunia.
dunia akan berakhir.
dunia hanya sementara.
dunia pinjaman semata.

p/s: hulurkan tangan bawa aku naik jangan biar aku terjunam ke dasar lembah tidak berpenghujung.


Wednesday, July 6, 2011

belajar belajar dan belajar

niat dalam hati nak fokus dekat exam..
tapi belakangan ni sangat sibuk dengan aktiviti sekolah.
haish..
sabar je laa..
harap2 lepas ni dpt fokus dkt exam pulak..

WISH ME LUCK 4 MY STPM 2011..

Friday, May 27, 2011

islam itu indah ^^

Islam itu indah. Indah dari semua aspek. Indah dari maknanya. Indah dari ibadahnya. Indah dari akidahnya. Indah segala-galanya. Tapi aku musykil. Kenapa ada manusia yang beragama Islam nak keluar dari keindahan yang Tuhan pinjamkan kepada kita?

Tadi aku dengar kuliah Jumaat kat sekolah aku. Ustaz tu cakap dekat Lembah Klang lebih kurang 50 orang Islam nak keluar agama. Maksudnya kat sini murtad. Menyatakan niat mereka nak keluar dari agama yang syumul ni..

Nauzubillah.!! Aku berdoa semoga iman aku dan teman-teman yang membaca tazkirah ni masih lagi kuat. Percayalah. Islam itu indah. Seindah Pencipta-nya.. Percayalah sahabat. Islam itu Ad-din yang mudah dan tidak membebankan.

Indahnya Islam hanya boleh dipandang dengan mata hati kita bukan dengan mata kasar. Gunalah anugerah dan nikmat yang Tuhan berilah itu untuk merasai keindahan yang tersembunyi. Jangan lekas menyalah. Jangan lekas mengkritik. Jangan lekas terpedaya.

Sahabat yang disayangi, kita seharusnya beruntung kerana dilahirkan sebagai umat akhir zaman. Kita harus bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai muslim. Kita harus bersyukur Tuhan meminjamkan agama ini untuk kita anuti. Kita perlu husnulzan iaitu bersangka baik. Bersangka baiklah kepada Tuhan yang menjadikan alam ini. Bersangka baiklah pada teman-teman kita. Bersangka baiklah kepada ibu bapa kita. Bersangka baiklah kepada pemimpin-pemimpin kita. Bersangka baiklah kepada orang di sekeliling kita. Bila kita bersangka baik, di situ kita akan bertemu dengaan keindahan yang dimaksudkan oleh Tuhan kita, Allah SWT.

Sahabat, benar. Islam itu indah. Lihat sahaja pemberian Allah kepada kita. Tidak memberi saat kita meminta tapi memberi saat kita memerlukannya. Allah tak memberi apa yang kita mahukan kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Allah pernah berfirman, sesuatu yang kamu sangkakan baik untuk kamu itu bukan seseuatu yang baik bagi kamu. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui.

Sahabat yang dikasihi, jelas sekali di sini. Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita melainkan Allah. Dan Allah berfirman bahawa Dia akan memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

Jadi sahabat, kita perlulah berusaha ke arah itu. Berusaha mencari petunjuk Allah bukan menyalahkan takdir Allah. Berusahalah dengan itu, petunjuk itu akan datang kepada kita.


yang baik itu datangnya dari Allah. dari salah dan silap itu datangnya dari manusia.. :)

Sekian dari hamba daif.. wallahualam..

Thursday, May 19, 2011

larangan haid bagi perempuan

Salam bertemu. Aku ade sikit ilmu untuk dikongsi.. untuk kawan-kawan perempuan…

Setiap perempuan mesti akan didatangi haid bukan? Golongan ibu selalu pesan, jangan buat ini..jangan buat itu waktu haid kan? Mesti kamu semua pernah alamikan? Selalunya aku selalu keliru dengan larangan waktu haid. orang A kata boleh buat.. orang B kata tak boleh buat.. orang C pula kata tak tahu.. jadi, aku cari sedikit ilmu untuk aku kongsi bersama-sama.. biase yang aku dengar:

Tak boleh potong kuku waktu haid..

Tak boleh sikat rambut waktu haid..

Kalau potong kuku dengan sikat rambut, kena simpan.. sampai kita mandi wajib..

Betul tak? Mesti kamu pernah dengar benda-benda macam ni kan? Ni semua salah sama sekali..

Tak betul.. no no no..

Sebenarnya, kita bebas buat benda tu semua..

Yang kita tak boleh buat waktu haid Cuma :

1) Solat.

2) Berwuduk.

3) Puasa.

4) Tawaf.

5) Menyentuh al-Quran dan membawanya.

6) Melafazkan ayat al-Quran.

7) Masuk masjid.

8) Bersetubuh.

Jadi buanglah perasaan was-was kamu terhadap sesuatu yang kamu biasa lakukan.. tiada larangan lain selain yang ade kat list atas tu..

Akhir kata, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul..wallahualam..

Sekian terima kasih..

Tuesday, May 17, 2011

kerinduan yang terbatas

kerinduan aku terbatas
kerana aku hamba
Dia pencipta.

kerinduan aku terbatas
kerana aku di sini
Dia di sana.

Ya Hannan..
Ya Mannan..
rinduku ini hanya untuk-Mu
bawalah aku ke sana
bawalah aku pergi
andai rinduku sudah terbalas.

Monday, May 16, 2011

aku ingin kamu

aku ingin kamu
untuk aku bermanja selalu
aku ingin kamu
untuk aku rindu selalu
aku ingin kamu
untuk aku sayang selalu
aku ingin kamu
untuk aku dakap selalu
aku ingin kamu
untuk aku cintai selalu
aku ingin kamu
untuk aku sembah selalu
aku ingin kamu
hanya kamu
cuma kamu

jangan jauhi aku
kerana kealpaanku
jangan jauhi aku
kerana kelalaianku
jangan jauhi aku
kerana kesibukanku
jangan jauhi aku
kerana kesombonganku

YA RABB, hantarkan padaku
petunjuk-Mu..
YA RABB, hantarkan padaku
cinta-Mu
YA RABB, hantarkan padaku
rindu-Mu..
agar aku terbimbing ke jalan-Mu..
anugerahkanlah aku pasangan yang memimpin aku ke jalan-Mu..

andai lelaki tahu.. :)

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.