pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Thursday, February 12, 2009

aku&&rindu

rindu aku pada DIA.
hanya aku yang rasa.
hanya aku yang tahu.
sebab aku pecinta yang setia.
rindu pada cinta Ya Rabb.
rindu pada kasih Illahi.
rindu yang sentiasa mekar dihati.
kerana selagi aku belum ketemu dengan-NYA.
kerana aku milik DIA.
selamanya...



la yukhriju asy syawata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun..

No comments: