pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Thursday, February 12, 2009

hari yang berlalu

cabaran kian hebat.
satu persatu terpaksa dilalui.
linangan air mata hanya menjadi peneman kala sunyi.
tapi tiada siapa dapat mengerti.
senyuman terukir bukan datangnya dari hati.
keterpaksaan sering bermain di minda.
mengikat hati lalu terbuahlah ketidakikhlasan.
sambil titisan air mata menyembah ke bumi.
sisipkan semangat jati diri untuk bangkit kembali.
kita bukan malaikat yang sempurna imannya.
kita bukan para rasul yang cekal hatinya.
kita hanyalah hamba yang kerdil disisi-Nya.
mencari ihsan yang maha esa.
mengenal erti putus asa && bangkit kembali.
kerana kejadian Tuhan itu punyai hikmah tersirat..

No comments: