pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Thursday, February 19, 2009

kadang aku tak mengerti.

jeda.
minda kosong.
jiwa mendesak untuk kepastian.
tp aku tidak mengerti.
permintaan hati mengasak jiwa.
kadang fikiran hanya temui buntu.
akal hilang dari dunia realiti.
bertemankan fantasi merobek hati.
aduh.
hanya aku yang rasa pedihnya.
dari setitis racun.
merebak ke setiap genap minda.
tolong bantu aku.
untuk bangkit lagi.
agar ada yang menemani setiap jalan yang aku lalui.

persahabatan berteraskan keikhlasan kadang mencerminkan kepura-puraan.aku tak mengerti kenapa harus terjadi..

No comments: