pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Wednesday, February 18, 2009

bila pena berbicara

Bila pena berbicara,
Jangan pernah kau meningkah,
Tiap bait tulisannya,
Punya makna yang tersembunyi,
Menzahirkan yang tersurat,
mencari yang tersirat.

Bila pena berbicara,
Susunan abjad main peranan,
menyampai yang tersirat dari tersurat,
jika tidak fahami,
pelajari dari kesilapan diri.

Bila pena berbicara,
Nafsu amarah seiring coraknya,
hati yang sakit luahkan bicara,
mulut tersenyum jiwa menangis,
hanya pena teman bicara.

Lantas,
bila pena berbicara lagi,
pasti ada yang ingin dizahirkan,
kadang sedih,
kadang gembira,
yang pastinya hanya pengkarya yang fahami,
bentuk tulisan hati

No comments: