pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Sunday, May 24, 2009

sedikit bicara.

laungan aku tak mungkin akan didengari.
walau sekuat mana aku lontarkan.
hasrat yang terbuku.
tapi siapa akan mendengar suara kerdil aku.

aku hanya sang semut.
berada di celahan bangunan konkrik.
suara ku bisa kedengaran?
aneh bukan.

bicara aku sering tertindas.
bicara aku sering tertewas.
dalam amukan mereka.
merebut jawatan gah berkuasa..

lupa pada yang tidak terlihat.
Kuasa-Nya lebih berkuasa dari yang kuasa di dunia..

setelah aku gobek inbox email.

SEMALAM,HARI INI DAN ESOK
semalam,
kau buat aku menangis,
kau buat hatiku gerimis,
kau buat aku berduka,
kau buat aku terseksa.
dan hari ini,
kau buat aku gembira,
kau buat aku tertawa,
kau buat aku ceria,
kau buat aku berharga.
adakah esok,
aku akan merasa seperti hari ini,
aku terasa dihargai,
senyuman sentiasa dibibir ini,
dirimu yang aku nanti.......
atau mungkinkah kau akan kekal seperti yang semalam????


aku penah post benda ni untuk karangkraf.thehe..rasenya umo aku 11-13tahun.kecik2 da pandai ek..lalalala...

Wednesday, May 20, 2009

resah

sepadu rasa tidak berluah.
kerana aku manusia lemah.
yang menerima tanpa membantah.
ikutkan saja kemahuannya.

hati aku tidak sayang lagi padanya.
tapi aku menuntut janji padanya.

resah yang terpendam di dasar hati.
aku sembunyikan ke dasar paling dalam.
sehingga mereka tidak nampak carikan itu.
hati yang terrendam bersama dendam kelmarin....



(Untuk seseorang yang pernah hadir)

Monday, May 18, 2009

pencarian.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam hidup ini.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam perhubungan ini.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam langkah ini.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam kata kata ini.

pencarian ini.
apa yang aku cari.
perjalanan ini.
apa yang aku cari.


p/s: sesungguhnya hidup ni maseh terlalu panjang untuk aku simpulkan apa yang perlu dicari.ehehh?haha.sebenarnya aku tak mengerti pencarian aku..

Friday, May 15, 2009

sejarah beri aku ilham.

aku menumpang di sudut dunia.
merasai setitis kasih ayah&bonda.
melenyapkan segala nestapa yang bermaharajalela.
kamu datang saat aku perlukan belaian dari kamu.
sayangnya,aku masih takmampu.
melenyapkan segala luka yang pernah dia ciptakan dalam hati.
lantas kamu yang terkena tempiasnya.
aku terpaksa menghalang perasaan aku kepadamu.
sayang aku tidak terucap.
rindu aku tidak terlihat.
bukan aku tak cinta.
tapi kekhuatiran memaksa aku untuk berselindung......

andai kau terbaca coretan hati ini.
semaikanlah benih kepercayaan dalam diriku.
bajailah dengan sayangmu.
jagailah seperti kamu menjaga hati kamu..

Friday, May 8, 2009

exam pencetus ihlam.

Andai kau berdusta,
Andai kau berbohong,
Andai kau menipu,
Aku tidak ketahui,
Tapi kau pasti menyesal,
Apabila aku melangkah pergi.

Andai kau kecewa,
Andai kau terluka,
Andai kau derita,
Izinkan aku merawat,
Hatimu yang luka itu,
Menjadi ubat penawar duka.

Andai kau bercinta,
Andai kau mencinta,
Andai kau dicinta,
Janjilah dikau setia,
Jujurlah bina ikatan,
Bahagia di akhir cerita.

Tuesday, May 5, 2009

kematian.

kehilangan mu dari pandangan.
menyedarkan aku akan kematian.
leka bermain perasaan.
lontaran emosi menjadi taruhan.

kehilanganmu bersama raunganku.
tidak bertepian kesedihan ini.
merantai jiwaku.
aduh!
seksa sungguh rasa hati.
dengan kepergianmu kali ini.
pergimu yang tidak akan kembali lagi.

kepergianmu dipangkuan bonda tersayang.
mendukungmu hingga nafas yang terakhir.
kau seperti menunggu bonda datang mengambilmu.

saat jasadmu ditanam.
dia menguis jasadmu,
agar keluar dari lubang,
yang bakal menutupi mu,
tersentuh hatiku melihatnya.
jasad yang kian membeku itu.
aku tatap tanpa kerdip.
hanya air mata jatuh menjurai.
tiada hentinya..

semoga roh mu aman disana.temui aku di syurga..berikan aku balasan setimpal kerana layanan aku terhadapmu..Selamat tinggal,Sulong..

Sesungguhnya,Allah menyayangimu lebih dari kami.Kekallah kau disana...yang tinggal bersama kami hanyalah gambarmu sebagai kenangan.

Mati itu suatu yang pasti.Kita sebagai hamba harus menerimanya dengan hati yang terbuka......sekian...

Saturday, May 2, 2009

sejenak.

Ampuni aku,
Ya-Rabb,
Yang maha mengasih lagi maha pengampun,
kerana
lalai dari mencintai-Mu,
lalai mencintai Rasul-Mu,
terlalu leka melayan perasaan cinta sesama manusia.
terlalu leka dengan dunia.
sehingga aku hampir melupai akhirat..

Ampuni aku,
Ya-Allah,
aku menzalimi diriku,
terlalu zalim pada diri sendiri.
kini aku ketandusan kasih dari-Mu..

terima kasih ya tuhan.
Kau memberi aku kesempatan.
menyedari kehilangan cinta-Mu itu..