pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Saturday, May 2, 2009

sejenak.

Ampuni aku,
Ya-Rabb,
Yang maha mengasih lagi maha pengampun,
kerana
lalai dari mencintai-Mu,
lalai mencintai Rasul-Mu,
terlalu leka melayan perasaan cinta sesama manusia.
terlalu leka dengan dunia.
sehingga aku hampir melupai akhirat..

Ampuni aku,
Ya-Allah,
aku menzalimi diriku,
terlalu zalim pada diri sendiri.
kini aku ketandusan kasih dari-Mu..

terima kasih ya tuhan.
Kau memberi aku kesempatan.
menyedari kehilangan cinta-Mu itu..

No comments: