pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Sunday, May 24, 2009

setelah aku gobek inbox email.

SEMALAM,HARI INI DAN ESOK
semalam,
kau buat aku menangis,
kau buat hatiku gerimis,
kau buat aku berduka,
kau buat aku terseksa.
dan hari ini,
kau buat aku gembira,
kau buat aku tertawa,
kau buat aku ceria,
kau buat aku berharga.
adakah esok,
aku akan merasa seperti hari ini,
aku terasa dihargai,
senyuman sentiasa dibibir ini,
dirimu yang aku nanti.......
atau mungkinkah kau akan kekal seperti yang semalam????


aku penah post benda ni untuk karangkraf.thehe..rasenya umo aku 11-13tahun.kecik2 da pandai ek..lalalala...

No comments: