pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Friday, May 8, 2009

exam pencetus ihlam.

Andai kau berdusta,
Andai kau berbohong,
Andai kau menipu,
Aku tidak ketahui,
Tapi kau pasti menyesal,
Apabila aku melangkah pergi.

Andai kau kecewa,
Andai kau terluka,
Andai kau derita,
Izinkan aku merawat,
Hatimu yang luka itu,
Menjadi ubat penawar duka.

Andai kau bercinta,
Andai kau mencinta,
Andai kau dicinta,
Janjilah dikau setia,
Jujurlah bina ikatan,
Bahagia di akhir cerita.

No comments: