sepadu rasa tidak berluah.
kerana aku manusia lemah.
yang menerima tanpa membantah.
ikutkan saja kemahuannya.
hati aku tidak sayang lagi padanya.
tapi aku menuntut janji padanya.
resah yang terpendam di dasar hati.
aku sembunyikan ke dasar paling dalam.
sehingga mereka tidak nampak carikan itu.
hati yang terrendam bersama dendam kelmarin....
(Untuk seseorang yang pernah hadir)
pinjaman kata dari pujangga :)
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

No comments:
Post a Comment