pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Tuesday, March 29, 2011

marah itu syaitan?

Manusia sering terlupa akan suatu perkara bila tengah marah. Mereka akan menghemburkan semua yang terpendam bila tengah marah. In fact, aku pun macam tu. Waktu tengah marah, memang semua benda yang kita pendam kita akan keluarkan tanpa sengaja atau dengan sengaja.? Malam semalam, berlaku satu perkara antara aku dengan dia. Dan ada satu ayat yang tak mungkin dapat aku lupakan. Diperkatakan oleh dia. Betul. Aku tak sangka dia akan cakap macam tu dekat aku.

“ Kalau jenis curang dan penipu tu tetap juga tak payah nak berubah,”

Persoalan di sini, aku tak pernah terfikir pun yang dia akan keluarkan statement macam ni waktu tengah marah. Persoalannya juga, aku tak pernah terfikir pun nak buat kerja BODOH tu lagi. Tapi, Nampak sangat dia memang fikir aku macam tu. Mungkin dia fikir aku curang. Mungkin dia fikir aku menipu dia. Mungkin juga aku bukan terbaik untuk dia. Aku sedar siapa aku.

Kadang-kadang aku selalu rasa yang kami tak akan pergi jauh dengan hubungan ni.

Entahlah, manusia….

Bercakap memang tak pakai otak.

Bercakap ikut amarah semata

Sampai mata hati pun jadi buta

Menilai setiap perkataan yang dilontarkan…

Janganlah kerana marah, kita hilang semuanya..

Pertimbangkanlah akal dan nafsu tu..


:) aku maafkan dia walaupun tuduhan dia 'curang dan penipu' tu terlalu berat untuk aku terima :)

No comments: