pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Friday, March 11, 2011

syurga dunia

di mana syurga dunia?
pada hartakah?
pada wanitakah?
atau pada pangkat semata?

di mana syurga dunia?
pada kekejamankah?
pada pembisuankah?
atau pada pembohongan durjana?

sebenarnya,
syurga dunia di sini..
di dalam hati kita..
menimbang akal dengan nafsu..
menimbang pahala dengan dosa..
namun, alpanya manusia..
utamakan nafsu dari akal..
utamakan dosa dari pahala..
kerana letaknya,
syurga dunia..
antara akal dan nafsu..
antara pahala dan dosa..



No comments: