pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Monday, March 28, 2011

tersungkur di pintu syurga

(semoga munajatku diterima)

Tanpa sempat aku melangkah

Tersungkur aku di pintu syurga

Kufur aku pada nikmatnya

Kufur aku pada ajarannya

Kufur aku pada waksiatnya.

Ya Allah, masih punya kesempatan untuk aku kembali ke jalan-Mu

Ya Allah, masih punya waktu untuk aku bersujud

Ya Allah, masih punya tempat untuk aku dalam syurga-Mu….

Tadi, aku susuri blog blogger-blogger lain. Selalunya aku susuri blogger yang hanya bercakap tentang duniawi tanpa sedari tompok hitam mula selubungi mata hati aku. Mungkin doa aku semalam termakbul oleh Allah. Mungkin inilah petunjuk yang Allah beri dekat aku. Sekarang terpulang pada aku untuk terima atau menolak. Aku hampir menangis baca blog seorang teman ni. Dia belajar di bumi mesir. Tempat yang selalu aku impikan ke sana. Tangisan aku kerana teringat betapa banyaknya dosa-dosa aku. Dosa semenjak aku ke arah itu. Neraka jahanam itu aku dekati…..!

Tuhan, sungguh aku terlalu jauh dari jalan-Mu.

Tuhan, sungguh aku terlalu jauh dari haruman syurga-Mu

Engkau tidak menurunkan Islam untuk diwarisi.

Engkau tidak turunkan Islam untuk dibutatulikan.

Engkau tidak turunkan Islam untuk diabaikan.

Tetapi,

Engkau turunkan Islam untuk disanjungi.

Engkau turunkan Islam untuk dicintai.

Engkau turunkan Islam untuk didalami.

Engkau turunkan Islam untuk diperjuangkan.

Aku sedar antara hamba Allah, akulah yang paling naïf tentang islam-Nya. Akulah yang paling terkebelakang tentang islam-Nya. Jangan pula Engkau biarkan aku persalahkan mereke yang gagal kerana

Iman bukan untuk diwarisi.

Iman bukan untuk dijual beli.

Iman adalah untuk dicari.

Iman adalah untuk aku perolehi.

Sekiranya aku himpunkan segala dosa yang aku perlakuka sepanjang bergelar khalifah, belum tentu dapat dihapuskan dengan seribu malam tahajjudku. Belum tentu dapat dihapuskan dengan seribu sujud taubatku. Belum tentu dapat dihapuskan dengan seribu munajat kepada-Mu.

Pesanan: kita masih ada masa untuk bertaubat, berjuang kerana Allah tidak pernah lokek dalam memberi.. renung-renungkan dan selamat beramal (khas buat aku yang hina)

No comments: