pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Monday, April 20, 2009

gaduh.

bila agaknya kita selari.
pandangan.
pertuturan.
perbincangan.

dimanakah salahnya komunikasi kita?
sering kali kecundang dalam emosi.
resah selalu seiring kita.
akhirnya,semarak jua.

rasa antara kita.
rupanya tersembunyi.
dibalik bisu bahasa.
mungkin lenggokmu tak terbaca.
bicaraku terbabas tersemena.

maaf.
tutur lembutmu.
mencairkan hati.
sekeras manapun.
tetap aku mengharap padamu.


p/s:kesefahaman amat diperlukan dalam perhubungan yang kita lalui.bukan itu sahaja,komunikasi jua amat penting.selamat melayari bahtera ini selamanya..
sayang ini hanya untukmu.

No comments: