pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Tuesday, April 7, 2009

kepompong itu.

bawa aku keluar dari kepompong ini.
kepompong yang terkunci dari dalam.
kunci yang tersimpan dalam diri.
simpanan yang terlalu dalam.
tidak tercapai dari hujung jari.
jari yang runcing selalu menunding mereka di luar.
mereka takmungkin akan kenal siapa aku.
tapi selalu menfitnah&mencerna aku.
cernaan yang merobek aku dari dalam.
tapi mereka taknampak.
kerana aku tersorok dalam kepompong illusi.
mereka di luar takbisa lihat hati aku.
sudah hitam pekat kerana cernaan itu.
tidak mengapa jika kau masih di situ.
memerhatikan aku&menunggu agar aku dapat keluar dari kepompong itu.
kalau kewujudan aku tidak terlihat.
ketahuilah bahawa aku tetap butuh kamu untuk membawa aku keluar...


p/s:hidup tak seindah yang kita ramalkan.yang pastinya,belajarlah untuk belajar.bukan belajar untuk bangga..

No comments: