berikan aku kesempatan.
untuk mengenali hati budimu.
tanpa sebarang syak wasangka.
berikan aku kesempatan.
agar mampu menakluk hatimu yang dingin itu.
sedingin sajlu.
sejuk.
membeku semenjak keberadaan aku.
sebenarnya aku rindu.
terlalu rindu pada teman.
yang telah aku tinggalkan untukmu.
tapi kenapa kau takpernah menghargainya?
segala apa yang aku perlaku untuk mu.
apa sebenarnya yang kau mahukan dariku?
menjadi milikmu tanpa seorang teman?
p/s: teman itu sebahagian dari hidupku.jangan pisahkan aku dari mereka.
pinjaman kata dari pujangga :)
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

No comments:
Post a Comment