pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Saturday, April 18, 2009

larangan itu.

buat aku terasa berada dalam sangkar.
yang aku punya kuncinya.
tapi tetap berasa aman di dalamnya.

rakan-rakan puas berkata bodoh.
tapi aku tahu apa yang aku buat.
atau aku sebenarnya tersepit antara realiti&fantasi?

menjauhkan aku dari dunia luar.
mengenali siapa dia.
menyayangi dia.
merindukan dia.

kadang aku tak mengerti.
kenapa aku turuti.
tidak menyesalkah rasa hati.
itukah sayang dari dia?

sentiasa belenggu aku.
mengejar aku dalam mimpi.
pastinya tiada yang terbukti.


p/s: aku akan turut pada larangan itu.dia yang utarakannya.aku yang menurutnya.sentiasa mengikut kehendaknya.jika dia mungkiri janji?tahukah aku?

No comments: