pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Thursday, April 9, 2009

warna warni.

warna warni kehidupan.
tawa riang di senja jingga.
kuning menyapa terus terpana.
diam tidak terkutik dek alunan bicara.

biru hatinya menjadi ungu.
hitam kelabu seluruh jiwa.
tidak diketahui oleh biru.
ungu yang muncul hanyalah mimpi.

mencari putih disebalik kelabu.
Dimana merah yang aku cari?
kerana yang aku temui hanya coklat.
mematikan pandangan pada hijaunya rumput.
mengapa hitam selitkan diri.

siapa yang berbaju merah jambu?
langgar si bisu termangu.
dibalik pekak awan nan biru.
tiba di simpangan.
merah delima menjadi kelabu.
perlahan membawa dia pergi.

No comments: