pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Friday, April 10, 2009

terbang.

aku ingin terbang.
sayangnya tak punya sayap.
burung aku sasarkan sebagai mangsa.
perhati dari setiap sudut ciptaan-Nya.

aku ingin terbang.
bebas menerokai dunia angkasa.
menerjah cerita sebalik awan biru.
sayangnya aku hanya manusia.

aku ingin terbang.
merasai titisan hujan.
mengenai tubuh kerdilku.
layak seperti pipit&layang.

tapi aku hanya manusia.
dikurnia akal fikiran.
nafsu dan perasaan.
tapi tetap menginginkan sayap.

aku adalah manusia.
tapi tak mensyukuri nikmat-Nya.
ingin terbang bebas di angkasa.
padahal daratan belum ku teroka.


p/s:Syukurlah kerana kita manusia.dikurnia akal&fikiran&nafsu&perasaan.Janganlah kerana taksub pada langit.kita lupa kurniaan tuhan lebih bermakna berada di sekeliling kita.

No comments: