Andai bisa aku melontarkan rasa,semua yang terpendam akan dibuang semua.
Andai wujud pemberhenti masa, akan aku hentikan detik gembira yang pernah aku lalui dan selamanya begitu.
Andai hidup itu satu cerita yang aku karang,akan aku rekakan kegembiraan di setiap yang aku susuri.
Andai aku saintis,akan aku reka satu alat yang boleh membuang memori sedih yang sentiasa berlegar dalam fikiran.
Andai aku seorang pelukis,tidak aku reka warna kelabu yang mengkelamkan jiwa ini.
akan aku wujudkan satu warna yang boleh menerangkan situasi aku sekarang.
pilu+hiba+sedih+tertindas=itulahakusekarang.warna apa yang cocok untuk diriku kini?
tapi aku hanya rerama dalam balang yang terbuka tutupnya.cuma aku takmampu untuk keluar dari balang yang sudah sempit bagi aku..
semua andaian tak mungkin akan jadi kenyataan.
hidup bukan seperti yang kita jangkaan.
tak terjangkau dek fikiran.kerana Tuhan menciptakan sesuatu yang terlalu rumit untuk kita simpulkan..
akhir kata,andai bisa aku memati&menghidupkan.pastinya dia yang aku matikan.
kerana bagi aku,
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk memusnahkan hidup orang lain.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk mengumpat sesama sendiri.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk menindas manusia disekelilingnya.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk membanggakan sesuatu yang kerdil dimata Tuhan.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika dalam hatinya tiada secebis rasa perikemanusiaan....
p/s: aku masih menanti keajaiban berlaku.datangkan pada aku,dia yang menunjukkan jalan kebenaran pada aku.
pinjaman kata dari pujangga :)
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

No comments:
Post a Comment