pinjaman kata dari pujangga :)

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

Sunday, December 13, 2009

belajar

dengan kamu
aku belajar
erti kesabaran dan keikhlasan.

dengan kamu
aku belajar
menjadi insan terbaik dalam hidupmu.

untuk kamu
aku belajar dipersendakan.

demi kamu
aku belajar
terima kekurangan dan kelebihanmu

untuk kamu
aku belajar
tentang kehidupan.

bersama menerokai dunia tanpa sempadan.

tapi rupanya antara kita masih belum cukup pembelajaran.
kerana itu kita sering kecundang dengan emosi.

sabarlah sayang...
mari kita bangkit kembali..
untuk belajar bersama-sama erti perhubungan hakiki...

Thursday, December 3, 2009

aku

resah.
keliru.

dia kini tetap milik aku.
sentiasa bersama aku..

tapi perkhabaran duka menjengah..
aduh! tersungkur aku.

kini mencari kembali
dia yang tinggal kenangan..

Friday, November 13, 2009

puisi itu indah?

benarkah?
atau kerana hati sedang membengkak?
maka puisi tidak lagi indah..

Sunday, August 2, 2009

antara dua

aku berani untuk mencuba.
kata dia,
kita masih muda.
aku turutkan saja.
kerana ada benarnya.

dia dan dia.
pilihan aku.

dia dan dia.
jadi milik aku.

dia dan dia.
taktahu menahu.
tentang kejahatan yang aku lakukan.

kamu!
jika tahu.
pastikan kunci mulutmu.
jangan pecah dimulut biar pecah diperut..

Thursday, July 2, 2009

semakin menghampiri.


dunia remaja,
masih jauh untuk terokai,
mencari identiti selaras garis panduan,
jangan melanggar tiang meranti,
kalau tak bengkak kepala,
pasti binggung sebentar.

semakin menghampiri hari yang aku nanti.
untuk bergelar anak mithali,
tapi kadang aku lajak bermain kata,
hingga mengguris hati orang tua.

dari bertatih hingga berlari,
mereka senantiasa di sisi,
dari pelat hingga petah,
bicaraku kadang terlebih mereka,
dari kecil hingga besar,
diasuh dimanja tanpa mengira.

aku nanti penuh debaran,
tanggal 22 julai 2009,
untuk bersama menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-17.
mengenali erti kehidupan,
jatuh bangun tawa nangis,
sentiasa menemani....

Tuesday, June 30, 2009

kawan sahabat rakan itulah mereka




sahabat,tak pernah kenal rupa.
tak pernah kenal harta.
hanya hati jadi taruhan kita...
moga Tuhan temukan semula kita semua....

Sunday, June 21, 2009

mencari.






puas aku geledah kotak hati.
mencari jawapan yang pasti.
tapi,
yang aku temui hanya,
tunggu reaksi dia.

puas aku selongkar minda.
mencari kepastian yang sasih.
tapi,
aku terjumpa,
kita di pihak yang benar.

Saturday, June 13, 2009

benda jadi kacau


semua jadi kacau.
bila apa yang kita mahu.
lain yang disajikan.

perkara jadi kacau.
bila apa yang aku impikan.
hancur berkecai cuti ini.

benda jadi kacau.
bila apa yang aku hendak.
tak dapat aku tunaikan.

terlintas di hati.
adakah ini ujian atau sekadar pengajaran?
adakah ini hanya khayalan atau realiti?
adakah terpaksa aku lalui atau ada jalan lain?

tapi aku merelakan perkara yang berlaku...

Sunday, May 24, 2009

sedikit bicara.

laungan aku tak mungkin akan didengari.
walau sekuat mana aku lontarkan.
hasrat yang terbuku.
tapi siapa akan mendengar suara kerdil aku.

aku hanya sang semut.
berada di celahan bangunan konkrik.
suara ku bisa kedengaran?
aneh bukan.

bicara aku sering tertindas.
bicara aku sering tertewas.
dalam amukan mereka.
merebut jawatan gah berkuasa..

lupa pada yang tidak terlihat.
Kuasa-Nya lebih berkuasa dari yang kuasa di dunia..

setelah aku gobek inbox email.

SEMALAM,HARI INI DAN ESOK
semalam,
kau buat aku menangis,
kau buat hatiku gerimis,
kau buat aku berduka,
kau buat aku terseksa.
dan hari ini,
kau buat aku gembira,
kau buat aku tertawa,
kau buat aku ceria,
kau buat aku berharga.
adakah esok,
aku akan merasa seperti hari ini,
aku terasa dihargai,
senyuman sentiasa dibibir ini,
dirimu yang aku nanti.......
atau mungkinkah kau akan kekal seperti yang semalam????


aku penah post benda ni untuk karangkraf.thehe..rasenya umo aku 11-13tahun.kecik2 da pandai ek..lalalala...

Wednesday, May 20, 2009

resah

sepadu rasa tidak berluah.
kerana aku manusia lemah.
yang menerima tanpa membantah.
ikutkan saja kemahuannya.

hati aku tidak sayang lagi padanya.
tapi aku menuntut janji padanya.

resah yang terpendam di dasar hati.
aku sembunyikan ke dasar paling dalam.
sehingga mereka tidak nampak carikan itu.
hati yang terrendam bersama dendam kelmarin....



(Untuk seseorang yang pernah hadir)

Monday, May 18, 2009

pencarian.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam hidup ini.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam perhubungan ini.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam langkah ini.

apa yang aku cari sebenarnya.
dalam kata kata ini.

pencarian ini.
apa yang aku cari.
perjalanan ini.
apa yang aku cari.


p/s: sesungguhnya hidup ni maseh terlalu panjang untuk aku simpulkan apa yang perlu dicari.ehehh?haha.sebenarnya aku tak mengerti pencarian aku..

Friday, May 15, 2009

sejarah beri aku ilham.

aku menumpang di sudut dunia.
merasai setitis kasih ayah&bonda.
melenyapkan segala nestapa yang bermaharajalela.
kamu datang saat aku perlukan belaian dari kamu.
sayangnya,aku masih takmampu.
melenyapkan segala luka yang pernah dia ciptakan dalam hati.
lantas kamu yang terkena tempiasnya.
aku terpaksa menghalang perasaan aku kepadamu.
sayang aku tidak terucap.
rindu aku tidak terlihat.
bukan aku tak cinta.
tapi kekhuatiran memaksa aku untuk berselindung......

andai kau terbaca coretan hati ini.
semaikanlah benih kepercayaan dalam diriku.
bajailah dengan sayangmu.
jagailah seperti kamu menjaga hati kamu..

Friday, May 8, 2009

exam pencetus ihlam.

Andai kau berdusta,
Andai kau berbohong,
Andai kau menipu,
Aku tidak ketahui,
Tapi kau pasti menyesal,
Apabila aku melangkah pergi.

Andai kau kecewa,
Andai kau terluka,
Andai kau derita,
Izinkan aku merawat,
Hatimu yang luka itu,
Menjadi ubat penawar duka.

Andai kau bercinta,
Andai kau mencinta,
Andai kau dicinta,
Janjilah dikau setia,
Jujurlah bina ikatan,
Bahagia di akhir cerita.

Tuesday, May 5, 2009

kematian.

kehilangan mu dari pandangan.
menyedarkan aku akan kematian.
leka bermain perasaan.
lontaran emosi menjadi taruhan.

kehilanganmu bersama raunganku.
tidak bertepian kesedihan ini.
merantai jiwaku.
aduh!
seksa sungguh rasa hati.
dengan kepergianmu kali ini.
pergimu yang tidak akan kembali lagi.

kepergianmu dipangkuan bonda tersayang.
mendukungmu hingga nafas yang terakhir.
kau seperti menunggu bonda datang mengambilmu.

saat jasadmu ditanam.
dia menguis jasadmu,
agar keluar dari lubang,
yang bakal menutupi mu,
tersentuh hatiku melihatnya.
jasad yang kian membeku itu.
aku tatap tanpa kerdip.
hanya air mata jatuh menjurai.
tiada hentinya..

semoga roh mu aman disana.temui aku di syurga..berikan aku balasan setimpal kerana layanan aku terhadapmu..Selamat tinggal,Sulong..

Sesungguhnya,Allah menyayangimu lebih dari kami.Kekallah kau disana...yang tinggal bersama kami hanyalah gambarmu sebagai kenangan.

Mati itu suatu yang pasti.Kita sebagai hamba harus menerimanya dengan hati yang terbuka......sekian...

Saturday, May 2, 2009

sejenak.

Ampuni aku,
Ya-Rabb,
Yang maha mengasih lagi maha pengampun,
kerana
lalai dari mencintai-Mu,
lalai mencintai Rasul-Mu,
terlalu leka melayan perasaan cinta sesama manusia.
terlalu leka dengan dunia.
sehingga aku hampir melupai akhirat..

Ampuni aku,
Ya-Allah,
aku menzalimi diriku,
terlalu zalim pada diri sendiri.
kini aku ketandusan kasih dari-Mu..

terima kasih ya tuhan.
Kau memberi aku kesempatan.
menyedari kehilangan cinta-Mu itu..

Friday, April 24, 2009

tiada.

beertikah lagi hidup ini?
pabila tiada teman.
untuk aku lontarkan pandangan.

beertikah lagi hidup ini?
jika berada dalam sangkar.
yang sebenarnya aku punya kuncinya.

beertikah lagi hidup ini?
tika sehela nafas pun terasa sukar.
apatah lagi bila degapan pantas nadi.

beertikah hidup ini?
andai berada dalam kegelapan.
yang sebenarnya terang.


p/s: izinkan aku lontarkan pe yang aku rasa.tapi sering aku kehilangan lesen untuk itu...bantu aku...

Thursday, April 23, 2009

kesempatan

berikan aku kesempatan.
untuk mengenali hati budimu.
tanpa sebarang syak wasangka.

berikan aku kesempatan.
agar mampu menakluk hatimu yang dingin itu.
sedingin sajlu.

sejuk.
membeku semenjak keberadaan aku.

sebenarnya aku rindu.
terlalu rindu pada teman.
yang telah aku tinggalkan untukmu.
tapi kenapa kau takpernah menghargainya?
segala apa yang aku perlaku untuk mu.

apa sebenarnya yang kau mahukan dariku?
menjadi milikmu tanpa seorang teman?






p/s: teman itu sebahagian dari hidupku.jangan pisahkan aku dari mereka.

Wednesday, April 22, 2009

jika

jika,
itu yang kau pinta,
rasanya aku turutkan jua.

kerana aku hanya penurutmu,sayang..

penat

mungkin ini kebiasaannya.
namun,
bagiku luar biasa.
tiap hari pujuk rayu.
dilontar tanpa tujuan.
kenapa?mengapa?
tidakkah kau penat.
rajukmu.tak terbilang.
aku penat.
bagai tiada acara lain yang kau utarakan.
masakan hanya rajuk yang kau mampu?
itukah caranya kau bicara?
itukah caranya kau pamerkan sayangmu?
berikan aku peluang.
untuk mendalami hatimu..


p/s: aku mahukan hubungan tanpa rajuk darimu.walau sehari.bantu aku sayang...

Monday, April 20, 2009

gaduh.

bila agaknya kita selari.
pandangan.
pertuturan.
perbincangan.

dimanakah salahnya komunikasi kita?
sering kali kecundang dalam emosi.
resah selalu seiring kita.
akhirnya,semarak jua.

rasa antara kita.
rupanya tersembunyi.
dibalik bisu bahasa.
mungkin lenggokmu tak terbaca.
bicaraku terbabas tersemena.

maaf.
tutur lembutmu.
mencairkan hati.
sekeras manapun.
tetap aku mengharap padamu.


p/s:kesefahaman amat diperlukan dalam perhubungan yang kita lalui.bukan itu sahaja,komunikasi jua amat penting.selamat melayari bahtera ini selamanya..
sayang ini hanya untukmu.

Saturday, April 18, 2009

curi dari feeqa...haha

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
-nani.
-nan.
-si pelik.

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
- 16 April.
- 22 Julai.
- 5 Disember.

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
- text with him
- bergaduh dengan dia
- Thinking of him

THREE PERSONS YOU MISS FROM YOUR PAST:
- kawan zaman kanak-kanak.
- Syafiqah Adlina.
- Amira Farhana

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
- Big hug from him.
- A kisses from him.
- Benda yang dia sayang.

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
- Text with him.
- Pikir sal dia.
- Tersenyum sorang-sorang.

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
- Jordan.
- Mesir.
- Rom.

THREE FAVORITE DRINKS:
- Milo.
- Susu coklat.
- Air suam.(bagus untuk kesihatan)

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
- Purse.
- Note book.
- duit syiling yang bersepah.

THREE FAVORITE COLORS:
- Biru langit.
- Warna pelangi.
- Hijau daun pisang.

TOP THREE U LOVE SO MUCH:
- Family.
- Him.
- Kawan-kawan.

TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
- Dia punya cemburu.
- Mak punya masakan.
- Ayah punya kemarahan.

TOP THREE PERSONS YOU HATE MOST:
- Kalian yang suka perasaan.
- Kalian yang tiada kata putus.
- Kalian yang sayang orang tak bertempat.

TOP THREE REASONS YOU ANSWER THIS TAG :
- dia lambat balas text.
- takda keja.
- Boringgg

THREE PERSON WHO WILL YOU TAG NEXT
-kau kutt.....
-kau jugak kutt.....
-kau laa sapa lagi....

larangan itu.

buat aku terasa berada dalam sangkar.
yang aku punya kuncinya.
tapi tetap berasa aman di dalamnya.

rakan-rakan puas berkata bodoh.
tapi aku tahu apa yang aku buat.
atau aku sebenarnya tersepit antara realiti&fantasi?

menjauhkan aku dari dunia luar.
mengenali siapa dia.
menyayangi dia.
merindukan dia.

kadang aku tak mengerti.
kenapa aku turuti.
tidak menyesalkah rasa hati.
itukah sayang dari dia?

sentiasa belenggu aku.
mengejar aku dalam mimpi.
pastinya tiada yang terbukti.


p/s: aku akan turut pada larangan itu.dia yang utarakannya.aku yang menurutnya.sentiasa mengikut kehendaknya.jika dia mungkiri janji?tahukah aku?

Wednesday, April 15, 2009

kelahiran.

menjanjikan keindahan.
membuktikan kekuasaan.
terjalinnya kasih sayang.
antara Pencipta & hamba-Nya.

ketahuilah,
kelahiran mu itu begitu bermakna.
setiap yang dijalani.
aku terheret sama.
merasainya bersama.

sayang,
aku rindu pada kelahiran baru.
yang membawa aku dekat padamu.
tapi kau lebih tahu.
kita takmungkin akan begitu..

p/s: selamat ulang tahun sayang...16/4/2009

Friday, April 10, 2009

terbang.

aku ingin terbang.
sayangnya tak punya sayap.
burung aku sasarkan sebagai mangsa.
perhati dari setiap sudut ciptaan-Nya.

aku ingin terbang.
bebas menerokai dunia angkasa.
menerjah cerita sebalik awan biru.
sayangnya aku hanya manusia.

aku ingin terbang.
merasai titisan hujan.
mengenai tubuh kerdilku.
layak seperti pipit&layang.

tapi aku hanya manusia.
dikurnia akal fikiran.
nafsu dan perasaan.
tapi tetap menginginkan sayap.

aku adalah manusia.
tapi tak mensyukuri nikmat-Nya.
ingin terbang bebas di angkasa.
padahal daratan belum ku teroka.


p/s:Syukurlah kerana kita manusia.dikurnia akal&fikiran&nafsu&perasaan.Janganlah kerana taksub pada langit.kita lupa kurniaan tuhan lebih bermakna berada di sekeliling kita.

Thursday, April 9, 2009

warna warni.

warna warni kehidupan.
tawa riang di senja jingga.
kuning menyapa terus terpana.
diam tidak terkutik dek alunan bicara.

biru hatinya menjadi ungu.
hitam kelabu seluruh jiwa.
tidak diketahui oleh biru.
ungu yang muncul hanyalah mimpi.

mencari putih disebalik kelabu.
Dimana merah yang aku cari?
kerana yang aku temui hanya coklat.
mematikan pandangan pada hijaunya rumput.
mengapa hitam selitkan diri.

siapa yang berbaju merah jambu?
langgar si bisu termangu.
dibalik pekak awan nan biru.
tiba di simpangan.
merah delima menjadi kelabu.
perlahan membawa dia pergi.

Tuesday, April 7, 2009

kepompong itu.

bawa aku keluar dari kepompong ini.
kepompong yang terkunci dari dalam.
kunci yang tersimpan dalam diri.
simpanan yang terlalu dalam.
tidak tercapai dari hujung jari.
jari yang runcing selalu menunding mereka di luar.
mereka takmungkin akan kenal siapa aku.
tapi selalu menfitnah&mencerna aku.
cernaan yang merobek aku dari dalam.
tapi mereka taknampak.
kerana aku tersorok dalam kepompong illusi.
mereka di luar takbisa lihat hati aku.
sudah hitam pekat kerana cernaan itu.
tidak mengapa jika kau masih di situ.
memerhatikan aku&menunggu agar aku dapat keluar dari kepompong itu.
kalau kewujudan aku tidak terlihat.
ketahuilah bahawa aku tetap butuh kamu untuk membawa aku keluar...


p/s:hidup tak seindah yang kita ramalkan.yang pastinya,belajarlah untuk belajar.bukan belajar untuk bangga..

ibarat rerama dalam balang

Andai bisa aku melontarkan rasa,semua yang terpendam akan dibuang semua.
Andai wujud pemberhenti masa, akan aku hentikan detik gembira yang pernah aku lalui dan selamanya begitu.
Andai hidup itu satu cerita yang aku karang,akan aku rekakan kegembiraan di setiap yang aku susuri.
Andai aku saintis,akan aku reka satu alat yang boleh membuang memori sedih yang sentiasa berlegar dalam fikiran.
Andai aku seorang pelukis,tidak aku reka warna kelabu yang mengkelamkan jiwa ini.
akan aku wujudkan satu warna yang boleh menerangkan situasi aku sekarang.

pilu+hiba+sedih+tertindas=itulahakusekarang.warna apa yang cocok untuk diriku kini?


tapi aku hanya rerama dalam balang yang terbuka tutupnya.cuma aku takmampu untuk keluar dari balang yang sudah sempit bagi aku..

semua andaian tak mungkin akan jadi kenyataan.
hidup bukan seperti yang kita jangkaan.
tak terjangkau dek fikiran.kerana Tuhan menciptakan sesuatu yang terlalu rumit untuk kita simpulkan..

akhir kata,andai bisa aku memati&menghidupkan.pastinya dia yang aku matikan.
kerana bagi aku,
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk memusnahkan hidup orang lain.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk mengumpat sesama sendiri.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk menindas manusia disekelilingnya.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika untuk membanggakan sesuatu yang kerdil dimata Tuhan.
dia tidak perlu wujud dalam dunia ini jika dalam hatinya tiada secebis rasa perikemanusiaan....


p/s: aku masih menanti keajaiban berlaku.datangkan pada aku,dia yang menunjukkan jalan kebenaran pada aku.


Friday, April 3, 2009

pretending such a boy?

menyamar macam lelaki?
Hello?
tak sedar ke yang korang tuu perempuan?
kalau da perempuan tu perempuan laa jugak.
takpayah laa sibuk nak jadi pengkid ke..tomboy ke..laki ke..yucksss!!! xP
VERY THE SENGAL U KNOW..

Terimalah hakikat yang korang tuu tetap perempuan.
Macam mane pun korang nak sorok tetap ade jugak bonjol-bonjol tuu.
Cube laa hargai anugerah dari ALLAH.
Korang tuu tetap PEREMPUAN.
aku ulang lagi skali PEREMPUAN.
PEREMPUAN.PEREMPUAN.PEREMPUAN.PEREMPUAN itu GIRL.Paham??!!!
Menyamar macam lelaki pun,korang punye 'benda' tuu takkan berubah jadi macam lelaki punye..

Yang paling aku takbole handle,korang bole maen teka nombor aku.ape korang ingat aku ni sekutu dengan korang ke?? YUCKSSS... Geli siaa....Tolong laa sedar diri sikit yang kau tuu perempuan.

takpayah laa nak jadi macam lelaki.hipokrit kau tahu!!!!!!nak buat suara garau konon.euw....
BULLSHIT tau tak...


p/s: kepada bebudak yang baru nak naik kat luar sane,jgn sala pilih kwn.b'coz of fren laa korang akn terjerumus ke arah yang tak sepatotnye..

Saturday, March 28, 2009

apa itu cinta?

Seringkali, cinta meniti di bibir kita. Tidak kiralah muda,tua mahupun remaja. Semua sibuk bicara tentang cinta. Sebenarnya cinta terlalu subjektif untuk diperbincangkan. Walau apapun, kita tetap berbalik kepada cinta yang Satu iaitu cinta pada yang Esa. Cinta yang tidak mungkin akan bertukar ganti. Tapi, ramai manusia tersilap meramal makna cinta suci. Jika cinta pada Illahi itu sentiasa mekar, tak mungkin mereka akan tersasar..

'la yukhriju asy syawata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun..'
membawa maksud:
'tak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggentarkan hati atau rasa rindu kepada Allah yang membuatkan hati berasa merana'.


Ramai manusia tak sedar kehadiran cinta sejati bukan datangnya dari kita. Bahkan diturunkan untuk kita agar saling berkasih sayang sesama manusia. Cinta sesama manusia hanyalah bersifat sementara. Manakala, cinta pada yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang adalah abadi&& sejati.

Masih tidak terdapat lagi jawatan untuk PENTAFSIR CINTA yang sebenar-benarnya.. Cinta tidak memerlukan pangkat,jawatan,gelaran,rupa paras mahupun status. Untuk merasai cinta, kita hanya perlu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menyatakan syukur pada yang Esa kerana dengan cinta-Nya pada kita. Dia telah mengurniakan udara untuk kita.. Lihat tanpa memerlukan wang, kita mendapat cinta dari-Nya.

Cinta tidak seharusnya menjadi ukuran pada kita. Tidak memerlukan kayu pengukur untuk mengukur sepanjang mana cinta kita. Tidak memerlukan nombor untuk membilang sebanyak mana cinta kita. Tidak memerlukan limit masa untuk mengehadkan cinta kita. Tapi memerlukan keikhlasan dan kesetiaan serta kejujuran dalam setiap perkara yang kita lakukan. Itulah cinta sebenarnya...


p/s: Janganlah kerana cinta,body tergadai.Janganlah kerana cinta sesama manusia, kita lupa asal usul kita. Sentiasalah kita berbalik pada yang satu, cinta pada Illahi itulah cinta sejati...

Wednesday, March 25, 2009

Leave me alone.

akhirnya dia tinggalkan aku.

emm.sedey.sedey..

tp aku puas aty sebab aku daa bagitaw dia perasaan aku.

tak tahu malu?

peduli ape aku. daa terang tang tang aku memang suke dia.

So, takkan aku nak simpan je kot.

lagipun, aku tak BERTEPUK SEBELAH tangan oke?

dia pun cakap yang dia SAYANG aku. hehee...

cume kepergian dia untuk BERJIHAD ke jalan Allah.

so, aku relakan je laa...

takkan aku nak halang dia pergi belajar kot?

dia ade kate, maybe dia pergi && takkan dapat contact aku.

but itu takbermakne lepas dia habis study dia takboleh contact aku balikkan??

BTW, aku mmg hope sangat yang dia akan contact aku.

Sebab, aku pernah mimpi yang dia pergi && takkan kembali lagi.

aku ingat lagi mimpi tuu..

dalam mimpi tu, dia kate awak, saya terpakse tinggalkan awak. awak buat ape yang saya suro.nanti awak akan faham kenapa saya tinggalkan awak.awak jage diri awak bebaek.jangan lupekan saya.. pastuu, aku teros terjage..then, im crying.. kenapa? sebab aku dapat rase tuu laa yang terakhir kali aku jumpe dia...

aku utarakan pertanyaan ni dekat dia, awak, boleh tak lepas ni saya nak tunggu awak?
dia kate, takpayah laa tunggu saya.sebab saya taknak awak kecewa dengan saya..

sebenarnya,aku takdapat nak konklusi kan pe perasaan dia pada aku.
tapi bile aku tanya dia sayang aku ke tak?
dia kata mesti laa dia sayang. law tak, kenapa dia panggil aku sayang..

PAPEPUN, aku harap rindu aku pada dia terus mekar && Allah menemukan jodoh antara aku & dia.

KHAS UNTUK AWAK,
saya akan tetap tunggu awak.&& sentiase menanti penggnti awak.
semoga awak sentiasa berada dalam keredaan Illahi.
&& kite didekatkan jodoh untuk bersama..

SALAM RINDU+SAYANG DARI SAYA UNTUK AWAK.


Saturday, March 21, 2009

Renung-renungkan la yer..

Manusia: Eh! Da subuh da?
Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam, tunaikanlah solat subuh mu...
Syaitan: Ahhhhhhh, kejaplah. Mengantukla..
Manusia: Nak makan. Lapar laa..
Malaikat: Wahai anak Adam, mulakan lah dengan Bismillah.
Syaitan: Ahh, takpayah la. Da lapar sangat ni..
Manusia: Hari ni nak pakai baju ape yer?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakai la pakaian yang menutup aurat...
Syaitan: Ehh, panas laa.. Lagipun,takde style langsung..
Manusia: Alamak, da lewat ni!!
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah kamu agar tidak lewat ke kuliah.
Syaitan: Nak cepat-cepat buat ape?Lambat lagi. Baruuu.. pukul 7.00...
Manusia: Azan da berkumandang.
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegera laa kamu menunaikan solat.
Syaitan: Alaaa. Kejap lagi laa.. Cerita tengah best nii...
Manusia: Ekhh?? Takbole tengok ni. Berdosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat.
Syaitan: Perghhh. Best tuu...
Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang...
Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ni kat orang lain.
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat menasihatilah sesama kamu.
Syaitan: Sendiri pikirlaa. Masing-masing daa besaa..
Manusia: Aku telah berdosa.
Malaikat: Wahai anak Adam, kamu telah berdosa. Maka bertaubatlah kamu. Kerana ALLAH itu maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Syaitan: Tangguhlah dulu. Lain kali bole taubat(kalau sempat)
Manusia: Kalau pergi mesti seronok.
Malaikat: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai ALLAH, maka segeralah kau berpaling darinya.
Syaitan: Jangan bimbang tiada siapa yang tahu..
Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah ALLAH dan Rasul-Nya. Nescaya, kebahagiaan dunia dan akhirat itu milikmu.
Syaitan: Hey anak Adam, ikutlah aku, kebahagiaan dunia(sahaja) dan akhirat(jangan mimpilah) itu milikmu.

Friday, March 6, 2009

bebel?

kenapa kaum hawa selalu dikaitkan dengan bebel? adakah itu ciptaan Tuhan. atau sememangnya kaum hawa ini kuat bercakap hinggakan perkara kecil pun boleh dibebelkan. adakah ini benar? hasil siasatan menunjukkan:

Muhd Hafiz: orang perempuan ni memang kuat bebel. balik rumah bebel. balik rumah bebel.
Muhd Syauqi: betul2.. mana ada orang lelaki yang membebel.
Nadia Ezza: ayah aku kuat bebel ape. kalau keje tak siap mesti nak bebel.
Nor Hanani: ayah aku pun sama. makin tue makin kuat bebel.
Muhd Hafiz: ye la. mane la orang lelaki tak bebel, kalau buat keje asyik tak betol je..
Hizhamilla: (diam.khusyuk buat keje addmath.)
Nor Hanani: ermm..ye la tu.(cube menegakkan benang yang basah) tapi kitorang bebel sebab orang lelaki juga.

tibe2 tukar topik laen.
Nadia Ezza: eh! da rehat ek? jom pegi kantin.

hahaa....

papepun, kite pk la sendiri.kenapa agaknya perempuan selalu dikaitkan dengan bebel@kuat bebual. lu pk la sendiri...

Thursday, February 19, 2009

kadang aku tak mengerti.

jeda.
minda kosong.
jiwa mendesak untuk kepastian.
tp aku tidak mengerti.
permintaan hati mengasak jiwa.
kadang fikiran hanya temui buntu.
akal hilang dari dunia realiti.
bertemankan fantasi merobek hati.
aduh.
hanya aku yang rasa pedihnya.
dari setitis racun.
merebak ke setiap genap minda.
tolong bantu aku.
untuk bangkit lagi.
agar ada yang menemani setiap jalan yang aku lalui.

persahabatan berteraskan keikhlasan kadang mencerminkan kepura-puraan.aku tak mengerti kenapa harus terjadi..

Wednesday, February 18, 2009

bila pena berbicara

Bila pena berbicara,
Jangan pernah kau meningkah,
Tiap bait tulisannya,
Punya makna yang tersembunyi,
Menzahirkan yang tersurat,
mencari yang tersirat.

Bila pena berbicara,
Susunan abjad main peranan,
menyampai yang tersirat dari tersurat,
jika tidak fahami,
pelajari dari kesilapan diri.

Bila pena berbicara,
Nafsu amarah seiring coraknya,
hati yang sakit luahkan bicara,
mulut tersenyum jiwa menangis,
hanya pena teman bicara.

Lantas,
bila pena berbicara lagi,
pasti ada yang ingin dizahirkan,
kadang sedih,
kadang gembira,
yang pastinya hanya pengkarya yang fahami,
bentuk tulisan hati

Thursday, February 12, 2009

hari yang berlalu

cabaran kian hebat.
satu persatu terpaksa dilalui.
linangan air mata hanya menjadi peneman kala sunyi.
tapi tiada siapa dapat mengerti.
senyuman terukir bukan datangnya dari hati.
keterpaksaan sering bermain di minda.
mengikat hati lalu terbuahlah ketidakikhlasan.
sambil titisan air mata menyembah ke bumi.
sisipkan semangat jati diri untuk bangkit kembali.
kita bukan malaikat yang sempurna imannya.
kita bukan para rasul yang cekal hatinya.
kita hanyalah hamba yang kerdil disisi-Nya.
mencari ihsan yang maha esa.
mengenal erti putus asa && bangkit kembali.
kerana kejadian Tuhan itu punyai hikmah tersirat..

aku&&rindu

rindu aku pada DIA.
hanya aku yang rasa.
hanya aku yang tahu.
sebab aku pecinta yang setia.
rindu pada cinta Ya Rabb.
rindu pada kasih Illahi.
rindu yang sentiasa mekar dihati.
kerana selagi aku belum ketemu dengan-NYA.
kerana aku milik DIA.
selamanya...



la yukhriju asy syawata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun..

Tuesday, February 10, 2009

lewat bicara mama by myself.

NAZID terpaku melihat susuk tubuh yang membelakanginya itu. Disaat tubuh itu berpaling, dia seakan-akan tidak lagi berpijak di bumi yang nyata. Kehadiran seakan tidak dipercayai. Seumur hidupnya,Datin Roslinda dan Dato’ Ahmad Nazmi tidak pernah menyebut apatah lagi bersuara mengenai saudara kembarnya itu. Apabila keadaannya kian kritikal,barulah kedua orang tua itu memberitahu dia bukanlah tunggal dan satu-satunya anak lelaki mereka.Antara hendak atau tidak,dia harus menelan semua itu. Dia mengibaratkan dirinya melihat sebuah cermin besar. Susuk tubuh itu seakan-akan pantulan dari cermin. Beberapa kali dia mengosok-gosok matanya. Apabila senyuman terukir oleh saudara kembarnya, barulah dia tersedar.“ Mama, kenapa mama tak pernah memberitahu kehadiranNazli?”tangkas soalan itu ditanya.“ Ermm…,” Datin Roslinda tidak mampu menyatakan kebenaran kepada anak kesayangannya itu. “ Bukan papa dan mama nak merahsiakan ini semua daripada kamu tapi….,” Dato’ Ahmad Nazmi menerangkan situasi sebenar.“ Kenapa bila Ajid dah berkeadaan begini baru mama dan papa ketemukan kami? Kenapa kami dipisahkan papa?Ajid perlukan penjelasan,”tingkah Nazid yang teramat memerlukan penjelasan dari kedua orang tuanya. Manakala Nazli hanya mematungkan diri.Kenapa begini nasib kita? Desas hati Nazli. Mereka berpandangan seketika. Senyuman sekali lagi terukir. Bahagia menyelinap masuk ke ruang rongga nafasnya,meski tidak selancar bicara. “ Maafkan saya.Ahmad Nazid sekarang sudah tiba masanya untuk menjalani pembedahan. Saya berharap keluarga pesakit dapat menunggu di ruang menunggu. Miss,sila tunjukkan mereka. Maafnya,”pinta Dr Syed Azman selaku ketua pembedahan ini.“ Sayang,mama doakan semua akan berjalan dengan lancar. Mama harap kamu tabah. Kuatkan semangat kamu. Ye,sayang,”“ Ajid, papa doakan Ajid kuatkan hati untuk jalani semua ini,”“ Ajid, aku harap kau cepat sembuh. Dah lama aku tunggu saat ini. Untuk kita kembali sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Semoga kau tabah. Aku harap sangat aku diterima kembali dalam keluarga ini setelah kau sembuh nanti,” kata-kata terakhir Nazli membuatkan Nazid tertanya-tanya.Setelah itu, nurse menolak katil Nazid untuk dibawa ke bilik pembedahan. Diiringi doa dan dorongan dari keluarga, Nazid menitiskan air matanya. Dia terlalu takut jika pembedahan ini tidak berjaya.

Nazid.
Akhirnya tibalah saat yang paling aku takuti dalam hidup ini. Sementara dalan perjalanan menuju ke bilik pembedahan, otakku ligat berfikir mengenai kejutan demi kejutan yang terpaksa aku lalui kebelakangan ini. Hati aku berdebar-debar. Fikiran aku bercelaru. Adakah aku akan selamat menjalani pembedahan ini? Adakah aku akan dapat bertemu kembali dengan saudara kembarku yang telah lama terpisah? Apakah rahsia disebalik kejadian ini? Matikah aku jika pembedahan ini gagal? Aku belum bersedia untuk mati. Semoga Tuhan memberi aku peluang untuk menatap dunia ini lagi. Saat bius mula menjalar dalam pembuluh darah, aku mulai rasa mengantuk dan tidur. Semoga mimpi yang indah.

Nazli.
Adakah kesudahan semua ini adalah terbaik? Mama,dapatkah kau menerima aku lagi? Masih ada ruangkah untuk aku mendapatkan setitis kasih sayang daripadamu? Mama, kenapa aku yang perlu berkorban? Tidak terdetikkah di hatimu bahawa aku juga anakmu? Anak dari rahimmu. Aku juga seperti manusia yang melalui frasa-frasa pembentukan dalam rahim. Tapi mengapa aku seolah tidak dihargai olehmu? Kenapa kau tidak dapat menerima aku dalam hidupmu, mama? Rintih hati aku seolah-olah tidak dimengerti. Sepanjang aku melihat dunia lalu belajar bertutur,merangkak,berjalan dan berlari,mama tak pernah menghadirkan diri untuk aku walau sesaat. Hanya opah yang melayani kerenah aku. Lagaknya aku seperti anak opah. Bukan anak Datin Roslinda dan Dato’ Ahmad Nazmi. Bahkan, adik kepada Nazrah dan Nazleen. Abang kepada Nazira dan Nazdrah. Aku dibesarkan oleh opah dan atuk. Kenapa hanya aku yang perlu melaluinya? Seorang diri tanpa mama, papa dan adik-beradik yang lain. Aku membesar dengan dunia fantasi yang direka oleh opah. Sampailah satu hari opah menceritakan semuanya.“ Lee, opah nak bagitahu kamu satu perkara,” opah memulakan bicara. Terlalu lembut dipendengaran Nazli."Ada apa opah. Lee sedia mendengar,”“ Kamu janganlah berdendam dengan orang tua kamu kalau opah beritahu kebenaran ini,”“ Baiklah opah. Opah telah mendidik saya dengan terapan yang tidak mungkin saya canggahkan. Opah janganlah risau,” Nazli menenangkan hati. Padahal, hatinya sudah membengkak untuk mengetahui kebenaran itu.“ Nazli, sebenarnya apa yang opah ceritakan pada kamu mengenai orang tua kamu bukan yang sebenarnya. Kamu ada kembar. Dan kembar kamu sakit barah hati. Disebabkan itu, mama menyalahkan kamu 100%. Dia menyerahkan kamu pada opah kerana bimbang fikirannya yang terganggu akan menyebabkan dia bertindak di luar jangkaan. Bukan mama kamu tak sayang pada kamu. Tapi, kamu harus faham jiwa muda sentiasa bergolak. Opah tahu kamu sudah boleh membezakan kebenaran kata-kata opah. dan sebab opah merahsiakan semua ini dari pengetahuan kamu. Dan opah mahu kamu tahu, tidak lama lagi abang kembar kamu akan menjalani pembedahan. Opah rasa kamu perlu menghadirkan diri kamu di sebelahnya. Percayalah, setiap kejadian yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Terpenting kamu harus bersabar dengan ujian-Nya. Opah tidak mahu kamu berdendam dengan mama dan papa kamu kerana hal ini. Kamu faham maksud opah?”Nazli terpaku mendengar bicara lembut opah kesayangannya. Dia terpempan. Dadanya sesak menerima perkhabaran itu. Terasa seperti batu besar sedang menghempap kepalanya. Terasa pedih,sakit dan pilu. Ulu hatinya terasa pedih. Dan pandangannya gelap. Nazli mendiamkan perkara ini dari pengetahuan sesiapa. Bimbang dia sekali lagi menjadi bebanan kepada keluarga.Aku sudah berada di atas katil saat aku membuka mata. Aku tidak ketahui apa yang berjadi setelah aku pengsan. Bau ubat menusuk ke dalam hidung membuatkan aku loya dan ingin termuntah. Aku bingkas bangun. Terlihat kelibat opah di sofa bilik. Wajah tuanya, aku tatap. Selama aku hidup, hanya kesih sayangnya yang mengubat rindu pada mama dan papa. Aku tak mengerti kenapa harus aku menjalaninya? Setelah mengetahui kebenaran itu, aku cuba untuk menghubungi mama. Aku yakin mama telah berubah. Akhirnya, usaha aku tidak sia-sia. Mama membenarkan aku berjumpa dengan Nazid keran dia khuatir ini adalah kesempatan terakhir aku. Kali pertama berjumpa dengan mama, air mata aku hampir menitis. Dia memandang aku seolah-olah aku bukan dari rahimnya. Jijik benar aku dipandangan matanya. Papa dapat menerima aku seadanya aku. Hati kecil aku sayu melihat pandangan mama padaku. Saat itu, aku belum berkesempatan untuk bertemu dengan Nazid. Nazid sedang menjalani pemeriksaan. aku berharap sangat aku dapat bertemu dengannya. Walaupun untuk seketika.

Nazid.
Dengan kudrat yang ada,aku sedaya upaya untuk membuka mata. Terasa perit rasanya tekak aku. Dalam kepayahan aku mencapai gelas berisi air yang berada tidak jauh dari katilku. Aku hanya mampu melihat syiling. Tiba-tiba,“ Hai, Ajid. Kau da sedar? Aku panggilkan mama ye,” Nazli bergegas berlari mendapatkan Datin Roslinda. Jeda.Kedengaran pintu wad dibuka, beberapa orang nurse turut menyertai doktor untuk memeriksa keadaan aku.“ Jangan risau. Nazid sudah hampir ke tahap yang stabil. Dia cuma perlu banyakkan berehat. Jangan lupa makan ubatnya,” tegas doktor memberikan arahan.Gembira apabila melihat wajah kesayangan ada sekelilingiku. Menjalani kehidupan dengan kewujudan Nazli tidak pernah aku sia-siakan. Aku rasa masa aku sudah hampir tiba. Melihat layanan mama terhadap Nazli buat aku khuatir. Jika pemergian aku mampu mengubah nasib Nazli, tidak salah rasanya. Aku sudah cukup bahagia dengan apa yang aku kecapi sekarang. Hidup dengan limpahan perhatian mama, papa dan adik-beradik yang lain. Beserta limpahan harta dunia yang tidak pernah luak untuk aku. Biarlah Nazli merasai apa yang layak dia rasai. Aku pergi dengan aman.Nazid&Nazli.
Setiap kejadian Tuhan ada hikmah-Nya. Mungkin ini takdir yang harus u lalui dan jalani sepanjang bergelar khalifah. Pandangan serong itu hanya dibiar sepi.Biarlah mama dengan tingkahnya. Asalkan aku masih mengecapi kasih dari papa dan adik-beradik yang lain. Di pusara Nazid, aku mengadu nasid dan meluahkan rintihan hati. Mama takkan pernah mengetahui. Meski maruah aku tercalar, namun itu tidak bermakna tiada rasa hormat untuk mama. Kini aku dan Nazid telah bersatu. Tapi mama tidak pernah nampak akan semua itu. Di matanya hanya aku yang khilaf.
“ Walaupun Nazid dah takde,tak bermakna kau mampu menggantikan tempat dia dalam rumah ni,”Masih terngiang jerkahan mama padaku. Aku hanya mematukan diri. Seolah-olah tiada perasaan. Perlahan-lahan ulu hati aku terasa pedih. Sakit. Mama tidak pernah tahu aku dan Nazid adalah kembar. Dan apa yang dirasai oleh Nazid akan dirasai oleh aku juga. Tapi mama selalu lupa. Dan aku pula terlupa untuk mengingati mama. Aku juga sama seperti Nazid. Terasa aku berada diawang-awangan. Peritnya dalam hati tidak pernah mama dalami. Aku dengar suara lantang mama menjerit namaku. Saat itu, aku terlihat sinar bahgia mula terpancar. Nazid datang menyambutku. aku membuat keputusan untuk mengikuti jejak Nazid. Jika itu adalah kebahagiaan buat mama, aku rela. Akhirnya, aku lena dalam khayalan emosi mama.

port dickson.

Muzium Tentera Darat(i guess)
kesian angah kena tanam.hohoo..


on that day ialah ary yg paling bahgia bwt aku. sebab sepanjang cuti sekolah sempena tahun baru cina. aku asyik berendam air mata dengan kelakuan sahabat2 aku yang mcm tk sedar kewujudan aku.rupe2nye,ALLAH menjanjikan kegembiraan sebalik kesedihan yang aku lalui.aku tersangat happy.lepas kitorang berkubang,ayah tibe2 ajak aku pegi tmpat yang paling aku nak sgt pergi.then, aku tersangatsangat teruja.gmbar yg kt atas tu lah tmpt yg kitorang pegy.sgtsgt seronok.hohoo...jangan tanye aku knape aku sangat teruja pegy tmpat tu.first, aku pon tk brape nk pasti knape aku teruja.second, aku rase maybe nk ingat balik sejarah dulukala aku(zaman kanak2 dlm kuaters askar).third, aku minat dgn pakaian seragam.hohoo..mungkin mungkin inilah jawapannye...






Wednesday, January 28, 2009

kerana aku adalah aku

salam,
nama ku nor hanani.aku pon tk berapa nk sure kenapa aku buat blog ni.tapi rasenye untuk share feel&pengalaman aku.sepanjang aku bergelar khalifah dlm dunia ni.byk bnde yg mengajar aku erti hidup.&& kdgkala aku cuba untuk jadi seseorang yang laen dari kehendak aku.tapi semestinya tk bertahan lama. sebab aku adalah aku.well,kdg2 otak aku jahat suro aku meniru gaya&&tingkahlaku org laen yg semestinya tk boleh aku lakukan.at last,aku jugak yang gile sndiri.so,aku nasihatkn korang jus be urself.sebab tu lah yg terbaek.kn kn?